KOTA BHARU: Seorang pemandu kereta maut dalam kejadian langgar lari di Kilometer 19, Jalan Gua Musang-Jeli pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, ketika kejadian jam 8.30 malam lelaki berkenaan sedang memandu dalam dari arah Gua Musang menghala ke Jeli.
Menurut beliau, ketika itu sebuah kenderaan yang tidak pasti nombor pendaftarannya dipercayai memasuki laluan mangsa.
"Akibatnya, kereta mangsa terbabas lalu masuk ke dalam semak sebelah kiri jalan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia," katanya melalui kenyataan pada Selasa.
Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
Beliau turut meminta saksi atau orang ramai tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 099121222 atau Pegawai Penyiasat di talian 017-2830392.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 31 2023

Kenderaan mangsa yang terbabas dan masuk ke dalam semak dalam kemalangan di Kilometer 19, Jalan Gua Musang-Jeli pada Selasa. - Foto Sinar Harian

Lebih 100,000 dijangka meriahkan Karnival Uniti Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023
Penganjuran karnival tersebut diadakan sempena kejohanan Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PRK Pelangai: 'Tak undi BN, jangan suruh anak balik' hanya seloroh - Wan Rosdy
Apa yang dimaksudkan adalah mahu anak-anak rantau pulang dan memberi sokongan kepada BN yang lebih mampu memberi pembangunan di kawasan itu.
AWANI Ringkas: Kemenangan di Pelangai penting untuk bina keyakinan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Laksana amanah sebaiknya sebelum Allah tarik balik' - Mohd Na'im komen isu rombakan Kabinet
Baginya, amanah yang diberikan menjadi fokus utama beliau sejak dipilih memegang jawatan itu.

Jawatankuasa Harmoni diwujudkan semula, betulkan persepsi terhadap Islam - Mohd Na'im
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.

Bekas ADUN Paloh ditidurkan akibat komplikasi demam denggi
Nozula yang berusia 66 tahun ditidurkan sejak 3 petang semalam selepas doktor mendapatkan kebenaran daripada beliau dan ahli keluarga yang lain.

Banjir Kedah: Tiga jambatan di Sungai Kupang runtuh
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Iboi pada Rabu menyebabkan tiga jambatan yang menghubungkan penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang di jajaran Sungai Kupang runtuh.

Malaysia kekal di tangga 36 dalam laporan GII 2023, skor meningkat
Malaysia juga menduduki tangga kedua negara paling berinovatif selepas China dalam kalangan 36 upper-middle income countries dengan kenaikan satu tangga berbanding 2022.

Pengendali DuitNow QR sahkan caj transaksi kuat kuasa 1 November
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), pengendali DuitNow QR mengesahkan akan mengenakan caj transaksi kepada pengguna aplikasi tersebut berkuat kuasa 1 November depan.
[TERKINI] Pengendali Duitnow QR sahkan caj transaksi kuat kuasa 1 November
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (Paynet), pengendali Duitnow QR mengesahkan akan mengenakan caj transaksi kepada pengguna aplikasi tersebut berkuat kuasa 1 November.

Nahas Putrajaya: Pemandu treler tidak mengaku memandu secara berbahaya
Seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan membabitkan 14 kenderaan di Putrajaya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret.

Nahas van persiaran: Tiga mangsa dibenarkan keluar hospital
Tiga mangsa warga Singapura yang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van persiaran di Jalan Bukit Genting, Teluk Kumbar malam Ahad sudah dibenarkan keluar daripada Hospital Balik Pulau, di sini

APAD beri surat tunjuk sebab kepada syarikat pengendali treler
Tindakan itu dibuat bagi mendapatkan perincian mengenai kejadian kemalangan melibatkan 14 buah kenderaan yang meragut dua nyawa.

Polis pertingkat operasi pantau kenderaan perdagangan di ibu negara
Polis akan mempertingkat operasi pemantauan terhadap kenderaan berat khususnya kenderaan perdagangan di ibu negara mulai hari ini.

Penunggang motosikal maut terperosok bawah MPV
Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan di sini pada Khamis.

Nahas Putrajaya: 'Arwah sangat mementingkan ahli keluarga' - Biras
Salah seorang ahli keluarga kepada mangsa maut akibat rempuhan treler di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara, tidak menyangka birasnya terlibat dalam kemalangan pada Rabu.

Suami isteri naiki motosikal maut nahas tiga kenderaan
Sepasang suami isteri maut selepas motosikal mereka terlibat nahas dengan dua kenderaan di kilometer 3.5 Jalan Pasir Besar-Palong pada Sabtu.

Tiga beranak maut: Norhafizah sempat hubungi kakak beritahu kemalangan
Tiga beranak maut: Norhafizah sempat hubungi kakak beritahu kemalangan

Tiga dipercayai sekeluarga maut MPV bertembung lori
Seorang lelaki dewasa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua yang lain meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman.

Suami isteri maut motosikal berkuasa tinggi rempuh trak tentera
Suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki merempuh belakang trak tentera dan terbakar di Kilometer 87.0 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini pada Khamis.