awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MN belum serius, Kerajaan Perpaduan ikrar tumpu nasib rakyat hingga PRU16 - PM Anwar
Anak perempuan Kim Jong Un lakukan kunjungan pertama ke makam keluarga
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemantauan SOP di lokasi tumpuan awam di KL, Putrajaya ditingkatkan - Shahidan

Bernama
Bernama
16/09/2021
09:50 MYT
Pemantauan SOP di lokasi tumpuan awam di KL, Putrajaya ditingkatkan - Shahidan
Shahidan berkata buat masa ini belum ada cadangan untuk mengehadkan jumlah pengunjung dan had waktu di sesuatu kawasan berikutan keadaan masih terkawal. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di lokasi tumpuan awam ditingkatkan susulan peralihan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), pada 10 Sept lepas.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ia dilaksanakan dengan meningkatkan pemantauan menerusi kamera litar tertutup (CCTV), penggunaan pembesar suara dan butang kecemasan, di samping menempatkan penguatkuasa serta kereta peronda di lokasi tertentu.
Beliau berkata semua kaedah itu akan dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan tidak berlaku sebarang pelanggaran SOP.
"Sebagai contoh di lokasi tumpuan di Putrajaya, ia dilengkapi dengan CCTV dan pembesar suara yang akan dipantau dari bilik gerakan sekali gus berfungsi untuk memberi peringatan dan hebahan mengenai SOP kepada pengunjung," katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi Rumah Prihatin @Grand Seasons sempena Hari Malaysia di sini, hari ini.
BACA: Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke Fasa 2 PPN Jumaat ini - Shahidan
Shahidan berkata buat masa ini belum ada cadangan untuk mengehadkan jumlah pengunjung dan had waktu di sesuatu kawasan berikutan keadaan masih terkawal.
Bagaimanapun katanya sebarang perubahan peraturan akan diputuskan melalui pemantauan laporan kes harian COVID-19 yang menjadi kriteria utama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemantauan SOP
#lokasi tumpuan
#KL
#Kuala Lumpur
#Putrajaya
#Selangor
#fasa 2 ppn
#Pelan Pemulihan Negara
#Shahidan Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan