KUCHING: Pembangunan modal insan terlatih dan berpengetahuan luas dengan sistem pendidikan bertaraf dunia jadi keutamaan Sarawak dalam misi mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata fokus kepada modal insan itu penting kerana kekayaan sumber asli semata-mata tidak menjamin kejayaan sepenuhnya.
Katanya Sarawak boleh belajar dari negara seperti Singapura dan Jepun yang mampu menjadi sebuah kuasa ekonomi besar kerana kekuatan sumber manusianya walaupun tidak mempunyai sumber asli.
"Oleh itu, Sarawak di bawah Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memperkukuhkan sistem pendidikan negeri ini selaras dengan Peruntukan Fasal 17 Inter-Governmental Committee Report (IGC) yang memberi kuasa kepada Sarawak untuk menentukan dasar sistem pendidikannya sendiri walaupun pendidikan adalah perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan," katanya.
Abang Johari yang juga Pengerusi GPS berkata demikian dalam Perutusan Hari Raya Aidilfitri di sini, pada Jumaat.
Abang Johari berkata kesungguhan kerajaan Sarawak dalam melahirkan modal insan bertaraf global boleh dilihat daripada cadangan penubuhan lima sekolah antarabangsa yang menggunakan silibus Cambridge.
"Salah satu daripada sekolah itu telah beroperasi di Kuching.
"Selain itu, Sarawak mempunyai empat universiti yang dimiliki melalui Yayasan Sarawak iaitu Swinburne University of Technology, Curtin University, University of Technology Sarawak (UTS) dan iCATS University College. Sarawak juga mempunyai pusat latihan CENTEXS yang memiliki kampus cawangan di beberapa kawasan di negeri ini," katanya.
Sementara itu Abang Johari berkata melalui peruntukan RM5.6 bilion kepada negeri Sarawak dalam Belanjawan 2023, keutamaan akan diberikan kepada usaha mempertingkatkan taraf kemudahan seperti jalan raya, klinik dan sekolah.
"Walaupun jumlah peruntukan ini tidak mencukupi, tetapi kita harus menggunakan jumlah yang disalurkan dengan sebaik-baiknya untuk memberi keselesaan kepada rakyat.
"Dengan pendapatan negeri yang dijangka terus meningkat kerajaan Sarawak turut akan meneruskan pembinaan jalan raya dan melengkapkan pembangunan utiliti seperti bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2023
Abang Johari berkata fokus kepada modal insan itu penting kerana kekayaan sumber asli semata-mata tidak menjamin kejayaan sepenuhnya. - Foto fail/BERNAMA
Joseph Kurup pemimpin yang setia berkhidmat untuk Sabah
Joseph, 79, yang memiliki latar belakang sebagai pengamal undang-undang, dilahirkan di Tambunan pada 15 Dis 1944.
Pelepasan misi kemanusiaan Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla
Aktivis kemanusiaan dari seluruh dunia bakal berkumpul di Istanbul, Turki pada 18 April ini (Khamis) untuk terlibat dalam persiapan akhir sempena misi Break The Seige of Gaza Freedom Flotilla.
Mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini bersatu di bawah gerakan Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Untuk perkembangan lanjut, kita bersama rakan setugas, Nursyazwani Saiful Sham.
Mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini bersatu di bawah gerakan Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Untuk perkembangan lanjut, kita bersama rakan setugas, Nursyazwani Saiful Sham.
TPM, Jemaah Menteri rakam ucapan takziah kepada Arthur sekeluarga
Mendiang Joseph Kurup disifatkan seorang teman yang sentiasa bersemangat mendukung obor perjuangan parti tatkala susah dan senang.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kanan Hamas itu.
Iran-Israel: Tindak balas Israel berisiko heret wilayah dalam perang - Jordan
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, tindakan balas Israel terhadap serangan Iran boleh membawa risiko sebenar mengheret seluruh wilayah itu ke dalam perang yang dahsyat.
AS, EU rancang sekat eksport minyak Iran
Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) merancang mengenakan sekatan baharu ke atas Iran yang bakal mengurangkan kapasiti negara itu untuk mengeksport minyak berikutan serangannya terhadap Israel minggu lalu.
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kampung Datu Lama akan dibangun semula - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan membangunkan semula Kampung Datu Lama yang merupakan perkampungan tradisional Melayu di Sibu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak tumpuan pelbagai kaum
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini, menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
Projek Kereta Api Trans Borneo: Sarawak belum dimaklumkan secara rasmi - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media baru-baru ini.
PETRA tubuh jawatankuasa penyelaras, pantau pelaksanaan projek air di Sarawak
Cadangan tersebut juga dipersetujui bersama Abang Johari semasa Fadillah mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau pada Isnin.
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara Sarawak bermula tahun depan - Abang Johari
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara yang menghubungkan kawasan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas akan bermula tahun depan.
Kerajaan negeri berhak laksana dasar pendidikan tinggi percuma - Zambry
Kerajaan mana-mana negeri mempunyai hak untuk melaksanakan dasar pendidikan tinggi percuma bagi membantu anak jati mereka.
[KOLUMNIS] Peranan parti politik Borneo dalam menjamin kestabilan Kerajaan Perpaduan
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melakar satu sejarah buat Malaysia apabila tidak ada mana-mana parti yang bertanding berjaya mencapai majoriti mudah dengan 112 kerusi di Dewan Rakyat.
Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud, selamat dikebumikan di perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di Kuching pada 2.20 petang Khamis.