Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan pembentukan Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu proses rekonsiliasi nasional.
Beliau berkata Perdana Menteri menyedari bahawa kini sudah tiba masanya untuk negara memandang ke hadapan dengan Kabinet yang dibentuk itu menunjukkan wajah Malaysia.
"Maksudnya ada semua golongan, ia inklusif ada Melayu, Bumiputera, bukan Melayu, sejumlah yang besar dari Sabah dan Sarawak, ada wanita, (golongan) muda, pokoknya ada kombinasi yang baik dan daripada pelbagai parti.
"... termasuk parti yang sudah lama tiada dalam kerajaan, PAS. Jadi ini pada saya satu proses rekonsiliasi nasional yang sangat mustahak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Bicara Naratif: Barisan Kabinet Malaysia 2020 yang disiarkan secara langsung di TV1, malam tadi.
BACA: Dulu Menteri Luar, Saifuddin kini Menteri Komunikasi dan Multimedia
BACA: Misi Saifuddin bentuk masyarakat yang bijaksana dan beretika dalam komunikasi
Saifuddin petang Selasa mengangkat sumpah jawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati, Putrajaya.
Sementara itu, mengulas berhubung saiz Kabinet kini yang lebih besar berbanding kerajaan Pakatan Harapan (PH), Saifuddin menjelaskan PH terikat dengan manifesto yang antaranya menjanjikan Kabinet lebih kecil.
"Tetapi saya fikir Tan Sri Muhyiddin praktikal, misalnya memecahkan kluster pendidikan kepada dua (iaitu) Kementerian Pendidikan dan (Kementerian) Pengajian Tinggi.
"Saya pernah duduk di KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) dulu, saya tahu lah juga betapa besarnya kalau kedua-dua itu disekalikan," katanya.
Beliau turut menjelaskan penubuhan beberapa kementerian baharu seperti Kementerian Alam Sekitar dan Kementerian Perpaduan Negara mempunyai objektif tertentu dan bertepatan dengan keperluan semasa.
Menurutnya, bukan jumlah menteri dalam Kabinet yang menjadi persoalan, tetapi yang penting adalah kesemua mereka lebih praktikal dan berfungsi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 10 2020
Saifuddin turut menjelaskan penubuhan beberapa kementerian baharu seperti Kementerian Alam Sekitar dan Kementerian Perpaduan Negara mempunyai objektif tertentu dan bertepatan dengan keperluan semasa. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.
UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.
Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.
Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.
Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM
Kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153.