SUNGAI PETANI: Akses kepada Internet yang lebih meluas hasil pembinaan menara telekomunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Kampung Sungkup, dekat sini, mencetuskan gelombang perniagaan dalam talian dalam kalangan penduduk setempat.
Seorang penduduk kampung Siti Zauyah Chik, 51, berkata, ketika memulakan perniagaan "Pekasam Kak Yah" tujuh tahun lepas, dia banyak bergantung kepada kedai sekitar untuk memasarkan produknya.
"Selain letak di kedai-kedai, saya buat jualan di rumah dan turut menjual kepada rakan... susah nak buat promosi menerusi Internet ketika itu kerana rumah saya terletak jauh di pedalaman.
"Kemudian bila ada liputan Internet, saya banyak menggunakan aplikasi WhatsApp untuk mempromosikan ikan pekasam, membalas pertanyaan dan berurusan dengan pelanggan," katanya kepada Bernama di rumahnya di Kampung Kuala Sungkup baru-baru ini.
Menurut Siti Zauyah, capaian Internet yang stabil dapat menjimatkan masa dan tenaganya kerana pembelian ikan segar untuk dibuat pekasam boleh dilakukan dari jauh serta hanya menunggu bekalan tiba di rumah.
Peniaga pakaian terpakai, Siti Nor Syaabani Ahmad Sabri, 23, berkata, dia kini mahu kembali aktif menjalankan perniagaan secara dalam talian selepas lebih setahun terhenti.
"Saya mulakan perniagaan ini pada 2021. Sewaktu COVID-19 menular, saya buat 'live' (siaran langsung) menerusi media sosial di rumah ayah saya (Ahmad Sabri Yusop), namun tidak dapat bertahan lama disebabkan capaian Internet yang lemah.
"Dulu nak buat panggilan video dari rumah ayah (Kampung Sungkup) pun susah... sekarang bila Internet dah laju, saya memang mahu aktif kembali menjalankan perniagaan 'bundle' (pakaian terpakai) dalam talian," katanya.
Ahmad Sabri, 59, pula berkata dia selalu melihat anaknya mencari liputan Internet di merata tempat sama ada di dalam atau luar rumah bagi mempromosikan jualan menerusi media sosial.
"Bila balik ke kampung dia (Siti Nor Syaabani) akan cari 'line' (liputan Internet) dari satu bilik ke satu bilik yang lain atau terpaksa keluar ke halaman rumah. Sekarang bila liputan semakin baik, mudah untuk dia kembali meneruskan perniagaannya," katanya.
Seorang lagi penduduk Kampung Sungkup, Azizun Awang, 60, berkata, dia baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang pemasaran dalam talian atau 'affiliate marketing'.
"Zaman sekarang khususnya selepas negara dilanda COVID-19, ramai usahawan dan peniaga yang berjualan secara dalam talian, sama ada secara sepenuh masa atau sambilan.
"Bukan semua peniaga mempunyai masa untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dalam Internet dan di sinilah 'affiliate' memainkan peranan untuk membantu mereka," katanya.
Sementara itu, Pengarah Kawal Selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Kedah, Mohd Faizal Azizan berkata, akses Internet menjadi pemangkin minat penduduk Kampung Sungkup terhadap aktiviti perniagaan.
"Sebelum ini, kualiti liputan di kampung ini lemah, namun kini menjadi semakin lancar malah peluang penduduk menjana ekonomi juga terbuka luas," katanya dan menambah menara baharu berkenaan mula dibina pada tahun lepas selepas dikesan perlunya penambahbaikan liputan 4G di kampung tersebut.
Menurut Mohd Faizal, sejak menara itu beroperasi Jun lepas, pihaknya sering melakukan tinjauan di kampung itu dan mendapati penduduk terutama yang berniaga mula berminat meneroka peluang perniagaan mengikut rentak ekonomi digital.
"Liputan daripada menara ini memanfaatkan kira-kira 600 penduduk dan saya harap ia dapat meningkatkan sosioekonomi kawasan ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023
Pemandangan dari udara sebuah menara telekomunikasi baharu yang siap dibina dan boleh beroperasi di Segantang Garam. Sebanyak 67 menara telekomunikasi baharu dibina di Kedah yang dilaksanakan menerusi JENDELA. - Gambar BERNAMA
Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus - Maybank IB
Katanya, kadar pengangguran kekal 3.3% untuk bulan kelima berturut-turut pada Mac 2024, disokong oleh jurang yang stabil antara pertumbuhan guna tenaga yang terus mengatasi pertumbuhan tenaga buruh.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Pengumuman campur tangan dalam kes ini adalah berikutan perluasan skop dan skala pencabulan Israel terhadap orang awam di Gaza.
Madinah jadi saksi pertemuan keluarga dan anak
Selepas setahun tidak bertemu, seorang anak, pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah bersyukur dapat membawa sendiri ibu bapanya, yang juga jemaah haji musim 1445H/2024M untuk ziarah luar di Madinah.
Tenaga Boleh Baharu: Pulau Borneo berpotensi besar jadi pembekal
Jelas Fadillah lagi, negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh diperbaharui (RE).
Aksi United serba tidak menjadi
AKSI Manchester United pada musim ini bagai serba tak kena apabila berdepan risiko gagal layak ke kejohanan Eropah buat kali kedua sejak musim 1989/90.
Bekalan Tenaga: Kerjasama dengan rantau ASEAN akan diperluaskan
Fadillah menjelaskan kerjasama dengan negara-negara dalam rantau ASEAN juga akan diperluaskan bagi sektor bekalan tenaga.
[TERKINI] PETRA terus komited semarakkan ekonomi berasaskan hidrogen
Menurut Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof, komitmen itu adalah cerminan aspirasi untuk mencapai penyahkarbonan global yang disifatkan sebagai perkara penting menerusi
perintis penyelesaian tenaga.
perintis penyelesaian tenaga.
Google Wallet henti sokong OS lama, perlu sekurang-kurangnya Android 9
Keperluan sistem operasi minimum ini akan berkuat kuasa mulai 10 Jun 2024.
Dua rakan didakwa edar 21kg heroin
Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan kedai 3 Mei lalu.
Tenaga boleh baharu: Kerjasama dengan rantau ASEAN akan diperluaskan - Fadillah
Negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh baharu (RE), jelas Fadillah.
Liputan internet di N.Sembilan capai 98.35 peratus suku pertama tahun ini - MCMC
Liputan rangkaian internet di kawasan berpenduduk di Negeri Sembilan mencapai 98.35 peratus pada suku pertama tahun ini.
27 tapak projek JENDELA di Negeri Sembilan siap dibina
Sejumlah 27 infrastruktur telekomunikasi baharu bagi fasa satu di bawah JENDELA di Negeri Sembilan telah siap dibina.
Liputan 5G di Sabah capai hampir 50 peratus - Fahmi
Liputan 5G di kawasan berpenduduk di Sabah telah mencapai hampir 50 peratus setakat 30 Sept lepas.
Sebanyak 213 menara komunikasi siap dan beroperasi pada suku kedua di Sarawak - Teo
213 menara komunikasi baharu daripada 864 menara yang dirancang dibina di bawah JENDELA di Sarawak telah siap dibina setakat suku kedua tahun ini.
Pembinaan menara telekomunikasi cetus gelombang perniagaan dalam talian
Akses Internet menjadi pemangkin minat penduduk Kampung Sungkup, Sungai Petani, terhadap aktiviti perniagaan.
Liputan jalur lebar mudah alih 4G di Selangor capai 99.87 peratus suku pertama 2023 - Fahmi
Liputan jalur lebar mudah alih 4G di Selangor kini mencapai 99.87 peratus di kawasan berpenduduk dengan purata kelajuan mudah alih mencecah 55.96 Mbps (megabit sesaat) setakat suku pertama tahun ini.
Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.
Pencapaian JENDELA memberangsangkan setakat suku keempat 2022 - Fahmi
Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dilaksanakan bagi membantu rakyat dalam mendapatkan kemudahan jaringan Internet yang stabil merekodkan pencapaian memberangsangkan.
Inisiatif JENDELA terima pengiktirafan antarabangsa dalam anugerah WSIS 2023
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan akhir pemenang akan diumumkan pada Majlis Anugerah WSIS 2023 anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sempena WSIS Forum 2023.
Rakan dialog ASEAN berminat sokong pelancaran 5G Malaysia
Ramai rakan dialog ASEAN berminat untuk menyokong pelancaran teknologi 5G di seluruh negara, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek.