awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembubaran DUN Sarawak: GPS serah kepada Agong, Yang Dipertua Negeri - Nanta Linggi

Bernama
Bernama
15/05/2021
14:13 MYT
Pembubaran DUN Sarawak: GPS serah kepada Agong, Yang Dipertua Negeri - Nanta Linggi
Menurut Nanta Linggi, peruntukan di bawah perlembagaan negeri tidak mempunyai kesan susulan penguatkuasaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud untuk memutuskan masa yang sesuai bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata di bawah perlembagaan negeri, tempoh DUN semasa akan berakhir pada 6 Jun iaitu genap lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya.
Bagaimanapun, beliau berkata peruntukan di bawah perlembagaan negeri tidak mempunyai kesan susulan penguatkuasaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
BACA: Tempoh DUN Sarawak tamat 6 Jun, Abang Johari bakal menghadap Agong
BACA: Tempoh PKPB di Sarawak dilanjutkan hingga 7 Jun
"Oleh itu, pembubaran DUN akan ditetapkan pada tarikh yang difikirkan sesuai oleh Al-Sultan Abdullah selepas berunding dengan Abdul Taib. Kami mempunyai keyakinan dan kepercayaan penuh terhadap kebijaksanaan mereka untuk membuat keputusan.
"Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) juga akan menghadap Al-Sultan Abdullah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat majlis tertinggi GPS di sini hari ini.
Menurut Nanta, sepanjang situasi semasa pandemik COVID-19, kehidupan rakyat adalah keutamaan GPS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GPS
#Gabungan Parti Sarawak
#Yang di-Pertuan Agong
#bubar DUN
#Dewan Undangan Negeri
#DUN Sarawak
#Alexander Nanta Linggi
#Ordinan Darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan