awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan Melaka 2025 tarik lebih 15,696 peserta - Exco
Trump umum rancangan pembinaan dua kapal perang baharu
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembukaan pejabat perdagangan, pelancongan Sarawak di Pontianak buka peluang baharu

Bernama
Bernama
26/11/2022
03:55 MYT
Pembukaan pejabat perdagangan, pelancongan Sarawak di Pontianak buka peluang baharu
Awang Tengah (tiga, kanan) menerima kunjungan hormat dari Ikatan Saudagar Muslim Se-Indonesia di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, di Kuching, semalam. - Foto UKAS Sarawak
KUCHING: Pembukaan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Pontianak, Indonesia, tahun depan dilihat dapat membuka peluang ekonomi baharu buat kedua-dua pihak, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Katanya, peluang ekonomi di Indonesia cukup besar terutamanya apabila kerajaan Indonesia memindahkan ibu negara tersebut dari Jakarta ke Kalimantan Timur yang turut berada dalam kepulauan Borneo.
Katanya, kerajaan negeri Sarawak juga akan terus komited mengekalkan jalinan kerjasama erat dengan Indonesia merentasi pelbagai aspek termasuk dalam perusahaan kecil dan sederhana.
"Kita (Sarawak dan Indonesia) mempunyai hubungan yang rapat sekali, kita harap hubungan ini dapat dikukuhkan lagi dan merangkumi pelbagai sektor," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat dari Ikatan Saudagar Muslim Se-Indonesia (ISMI) di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, semalam.
Pada 21 Nov lalu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa membentangkan Bajet Negeri 2023, berkata kerajaan Sarawak bercadang memperuntukkan RM10 juta kepada Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (STATOS), serta penubuhan pejabat yang sama di Brunei dan Pontianak pada tahun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#Awang Tengah Ali Hasan
#Kalimantan Timur
#Pontianak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan