Setelah hampir empat bulan tidak menjejakkan kaki ke sekolah dan hanya menggunakan pendekatan pembelajaran di rumah akibat ancaman pandemik COVID-19 sejak pertengahan Mac lepas, pelajar akhirnya bakal menyambung semula pembelajaran bermula pertengahan bulan ini.
Debaran dirasai seolah-olah menanti pengumuman tarikh Hari Raya Aidilfitri apabila Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin merungkai 'teka-teki' mengenai tarikh pembukaan sekolah dalam sidang media khasnya semalam.
Bagi pelajar tingkatan satu hingga empat dan pelajar kelas peralihan serta murid tahun lima dan enam akan kembali ke sekolah bermula 15 Julai ini, manakala pembukaan semula sekolah bagi murid tahun satu hingga empat pula adalah pada minggu berikutnya iaitu 22 Julai.
Pembukaan semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam itu dilaksanakan secara berperingkat setelah mengambil kira saranan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Semestinya, Julai adalah bulan yang sibuk bukan sahaja untuk murid dan guru tetapi juga ibu bapa yang kini perlu menyusun kembali jadual harian masing-masing, mengatur masa dan menguruskan keperluan harian anak-anak bagi memastikan aktiviti pembelajaran berjalan lancar.
Jika diimbas kembali, semalam juga genap seminggu sekolah dibuka semula kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam pada tahun ini iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta peperiksaan antarabangsa.
Sesi prasekolah, tadika dan tabika yang bermula semalam turut tidak ketinggalan mencuri tumpuan orang ramai dan lensa media khususnya berkaitan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di pusat pendidikan berkenaan.
Tinjauan media sosial juga mendapati keletah si cilik yang setia mendengar penerangan guru-guru berkenaan SOP ketika berada di sekolah memberi gambaran mereka mampu mematuhi arahan yang ditetapkan meskipun hanya pada usia sangat muda.
Selain pengumuman pembukaan sekolah, satu lagi berita gembira dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah apabila tiada kes COVID-19 dilaporkan mendapat jangkitan dari dalam negara iaitu menerusi penularan tempatan, sama ada dalam kalangan warganegara Malaysia mahupun bukan warganegara.
Bahkan buat pertama kalinya Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 yang terendah semalam iaitu dengan hanya satu kes baharu melibatkan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara menjadikan jumlah keseluruhan adalah 8,640 kes.
Memetik kata-kata Dr Noor Hisham sebelum ini, Malaysia memerlukan tempoh 28 hari sifar kes COVID-19 sebelum boleh diisytiharkan bebas pandemik berkenaan.
Persoalannya, mampukah kita terus berjuang untuk membebaskan negara daripada pandemik berbahaya itu?
Jika dilihat, kita sudah hampir ke garisan penamat, oleh itu masyarakat perlu kekal komited mengamalkan kelaziman baharu serta patuh kepada SOP yang ditetapkan dengan menjaga jarak sosial, meningkatkan kebersihan kendiri, elak kawasan sempit dan sesak serta elak bertutur dengan jarak dekat.
#kitamestimenang!
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 02 2020

Murid memasukkan pas ke dalam 'Kotak Punch Card' ketika tinjauan hari pertama pembukaan semula persekolahan di Pra-Sekolah Puteri Bestari, SK Sultanah Asma, Alor Setar, 1 Julai, 2020. --fotoBERNAMA

Pas sedia jadi orang tengah selesai isu UMNO-Bersatu - Dewan Ulama
Pas bersedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara UMNO dan Bersatu demi kelangsungan pemerintahan negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Agenda AWANI: Kontroversi Liga Super Eropah
Kontroversi Liga Super Eropah, diskusi Nazri Kahar bersama wartawan bebas, Shahrim Tamrin dalam Agenda AWANI.

COVID-19: Kes baharu di Sabah kembali catat tiga angka
Negeri Sabah kembali mencatatkan kes COVID-19 tiga angka pada hari ini dengan 172 kes positif baharu.

Pemegang PLS tamat tempoh perlu mohon Pas Khas mulai esok - KP Imigresen
Warga asing perlu hadir ke pejabat imigresen bagi memohon Pas Khas ini, mengikut janji temu yang telah dimohon melalui 'Sistem Temujanji Online' (STO).

Desak tutup sekolah, perkemas sistem PdPR
Tutup sementara sesi persekolahan dan kelas dibuat secara dalam talian susulan peningkatan kes COVID-19. Itu antara gesaan para ibu bapa tatkala melihat kluster melibatkan institusi pendidikan terus meningkat.

Kebajikan | Isu tunggakan gaji kakitangan UCSF diselesaikan
Isu tunggakan gaji kakitangan dan tenaga pengajar Universiti Kolej Yayasan Sabah akan diselesaikan. Itu jaminan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. Malah kata Hajiji, pihaknya akan memanggil Pengarah Yayasan Sabah bagi mendapat perincian isu itu.

Kebakaran | 150 penduduk hilang tempat tinggal, rumah terbakar
Lebih 150 penduduk Kampung Sundang Laut, di Batu Sapi Sandakan hilang tempat tinggal dalam kebakaran pada Rabu. Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi itu, lebih 30 buah rumah hangus dijilat api.

Harga Siling | Harga ayam di Sibu terkawal
Tinjauan di beberapa pasaraya Sibu pula mendapati, harga ayam yang dijual terkawal.

Harga Siling | Peniaga merungut harga ayam dari pembekal mahal
Beli dari pembekal lebih mahal daripada harga siling ditetapkan. Bagaimana nak jual? Itu rungutan peniaga ayam mentah, selepas pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021. Sekaligus mereka berdepan kerugian.

Kerusi DUN Baleh | Terpulang kepada Abang Johari - Masing
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing, sedia lepaskan kerusi DUN Baleh sekiranya diminta berbuat. Jika diminta mempertahankan kerusi, beliau akan berbuat demikian. Kata masing semua itu bergantung kepada kebijaksanaan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Polis buat rondaan pada Aidilfitri, akan 'singgah' rumah banyak kereta
Rondaan itu dilakukan bagi memastikan tiada mana-mana pihak ataupun individu yang dikesan merentas negeri tanpa kebenaran.

Rumah terbakar, tiga beranak terpaksa berteduh di stor kilang perabot
Sebuah keluarga di Air Itam terpaksa menumpang di stor sebuah kilang perabot selepas rumah pusaka yang didiami mereka terbakar.

220 usahawan sertai 'Warna-warni Aidilfitri' pasarkan produk kraf untuk hari raya
100 usahawan menyertai promosi tersebut di Kompleks Kraf Kuala Lumpur manakala 120 lagi di lapan lokasi pusat beli-belah terpilih di beberapa negeri.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Skim Harga Maksimum Hari Raya Puasa berkuat kuasa Rabu ini - KPDNHEP
KPDNHEP akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 berkuat kuasa 21 April hingga 20 Mei ini.

Dari Presiden Indonesia hingga rakyat jelata, semuanya tidak dibenar mudik lebaran
Majlis berbuka puasa dan rumah terbuka sempena Aidilfitri juga dilaran dianjurkan dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

KPDNHEP Selangor keluar 267 notis peniaga naik harga jualan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor sehingga semalam telah mengeluarkan 267 notis kepada peniaga yang dikesan menaikkan harga jualan barangan.

Video judi raya: Jangan ganggu ketenangan umat Islam berpuasa - Saifuddin
Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan semua rakyat Malaysia tidak menggangu ketenangan umat Islam yang kini sedang berpuasa.

Hari pertama Bazar Aidilfitri di Lorong TAR hambar
Susun atur pintu masuk dan keluar dianggap tidak praktikal antara seksyen selain turut dikelilingi pagar yang menyebabkan pengunjung perlu berjalan jauh untuk ke satu-satu lokasi.

Khemah Bazar Aidilfitri Pekan Rabu Langkawi terbakar
Kebakaran melibatkan empat buah khemah berukuran 20 X 20. Dua buah khemah melibatkan peralatan perniagaan dan dua khemah kosong.