Seorang pencuci kereta menjadi suspek terbaharu direman pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang pemilik bengkel kereta di Bandar Amanjaya, Sungai Petani, 12 September lalu.
Perintah reman terhadap suspek yang berusia 26 tahun itu dikeluarkan Majistret Nadhirah Abdul Rahim selama lima hari bermula hari ini sehingga 26 September bagi membantu siasatan polis.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisner Adzli Abu Shah menjelaskan, suspek ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda ketika berada dalam keadaan mencurigakan di bahagian tepi jalan di Taman Sejati, malam tadi (Isnin).
Suspek yang menyedari kehadiran pihak polis kemudian cuba melarikan diri sebelum berlaku sedikit pergelutan antara polis dan suspek.
Jelas Adzli, polis kemudiaannya berjaya menahan suspek sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani pagi ini bagi mendapatkan perintah reman.
BACA: Bunuh pemilik bengkel kereta, empat lelaki direman
Khamis lalu, empat lelaki berusia 30 hingga 36 tahun direman empat hari kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang pemilik bengkel.
Keempat-empat suspek berjaya ditahan selepas dikesan JSJ IPD Kuala Muda berada di Pulai, Johor.
Kesemua mereka yang sebelum itu telah melarikan diri selepas dipercayai membunuh mangsa di bengkel kenderaan di Bandar Amanjaya, kemudiaannya dibawa ke IPD Kuala Muda.
Dalam kejadian yang berlaku 12 September lalu, seorang pemilik bengkel maut ditetak dalam kejadian di bengkel mengecat kereta miliknya di Bandar Amanjaya Zon Anggerik kira-kira jam 1.10 pagi.
Adzli kemudiaanya mengesahkan mangsa yang berusia 33 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dada dan tangan.
Menurutnya, mangsa diserang oleh beberapa individu menggunakan senjata tajam berkemungkinan bermotifkan balas dendam dan dipercayai tiada kaitan dengan kes rompakan.
Ketika kejadian, mangsa yang mengalami kecederaan parah cuba melarikan diri ke kedai besi bersebelahan sehingga mengejutkan dua pekerja warga asing yang sedang tidur.
Bagaimanapun, setelah dua pekerja asing itu memeriksa kawasan sekeliling mereka, mereka menemui mangsa yang sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Abdul Hadi Che Awang
Tue Sep 22 2020
Perintah reman terhadap suspek yang berusia 26 tahun itu dikeluarkan Majistret Nadhirah Abdul Rahim selama lima hari bermula hari ini sehingga 26 September bagi membantu siasatan polis. - Foto Astro AWANI
Kerajaan Negeri diharap segera pemakaian Akta Perhutanan Negara
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berharap semua kerajaan negeri akan menyegerakan pemakaian Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 sebagai Enakmen Perhutanan (Pemakaian) di negeri masing-masing.
Dua ahli politik Melaka antara yang pernah disekat ke luar negara
Dua ahli politik Melaka antara 10 individu yang disekat ke luar negara selepas gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah mencecah puluhan ribu ringgit.
Bar alamat Google Chrome bakal jadi lebih pintar
Ini bermakna, Chrome turut boleh mencadangkan laman web yang tepat, membetulkan ejaan alamat web yang salah ditaip oleh pengguna dan banyak lagi.
Peniaga didenda RM8,000 sengaja daftar kelahiran anak lebih sekali
Seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret kerana sengaja mendaftar kelahiran anak sulungnya lebih daripada sekali pada September tahun lepas.
Rizky Febian, Mahalini kahwin 5 Mei ini
Berita majlis perkahwinan anak pelawak Sule itu dengan Mahalini mula menjadi perbualan selepas dia berkongsi animasi latar biru seperti background foto buku nikah.
Siasatan MB Perlis: 'Bersangka baik dengan SPRM' - Zahid
Ahmad Zahid meminta semua pihak bersangka baik dengan SPRM selepas agensi itu merakam percakapan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Dua bekas anggota polis terlepas hukuman gantung, diganti dengan penjara
Kedua-dua mereka yang dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan tiga bulan, diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari penahanan mereka pada 22 Jan 2006.
Sempadan Malaysia-Thailand dibuka seperti biasa - Polis
Sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Rantau Panjang dibuka seperti biasa dan tidak ditutup susulan insiden letupan bom serta berbalas tembakan.
AWANI Ringkas: LHDN giat buru pihak culas bayar cukai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Anggota polis maut dipercayai dipukul
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa yang ditemukan sekitar 3 pagi tadi itu berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Dilema 'Darkside': Masyarakat harus main peranan, bantu bendung maksiat siber
Sinergi yang baik daripada masyarakat untuk bersama membendung maksiat siber amat dituntut oleh JAKIM dan MCCA.
Polis kesan empat lelaki dikehendaki bersabit jenayah di Kota Bharu
Mereka ialah Mohd Fared Abdul Ghani, Mohd Izani Ibrahim, Mohd Haziman Hikamarhakimi dan Wan Sharilazry Wan Mohd Sukry.
Selangor rekod 588 kes jenayah kanak-kanak tahun lepas - Exco
Rekod berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan bahawa jenayah paling tinggi dicatatkan ialah merusuh, yang membabitkan 138 orang, dan curi seramai 112 orang.
KDN akan ambil tindakan tegas terhadap pihak cuba cetus jenayah di Julau
Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba melakukan kegiatan jenayah termasuk gengsterisme secara berleluasa di Julau, Sarawak.
Tiada kompromi kepada pegawai, anggota terlibat dalam kes salah laku, jenayah dan rasuah
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang didapati terlibat dalam sebarang kes salah laku, jenayah dan rasuah.
Wartawan portal rugi RM5,000 disamun dengan parang
"Mereka datang dari arah depan dengan memakai tapi keledar dan pelitup muka, sebelum berdiri di sebelah saya."
MCPF Selangor tawar RM20,000 kepada individu bantu tangkap pembunuh Zayn Rayyan
Ganjaran diberikan sebagai satu daripada usaha dalam memastikan suspek terlibat dalam kes itu dapat segera didakwa di mahkamah.