KUALA LUMPUR: Seorang pemilik syarikat pelancongan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM1.15 juta.
Norani Ismail, 66, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.
Wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun semasa Maybank Berhad dan akaun simpanan Malayan Banking Islamic Berhad milik seorang anak tertuduh, akaun semasa Malayan Banking Berhad dan CIMB Bank Berhad milik tertuduh dan satu akaun semasa Hong Leong milik syarikatnya.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Malayan Banking Berhad Cawangan Bukit Bintang di sini, antara 25 Januari hingga 3 Oktober 2019.
Pertuduhan dikemukakan di bawah perenggan 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan tersebut dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni menawarkan jaminan RM100,000 bagi kesemua pertuduhan kerana kesalahan itu adalah serius.
Beliau berkata tertuduh menghadapi satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan memohon supaya kes pengubahan wang haram itu dipindahkan ke mahkamah tersebut untuk didengar bersama kerana melibatkan transaksi yang sama.
"Saya juga mohon sebutan kes ini (pengubahan wang) ditetapkan pada 8 Mac, sama dengan sebutan kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam," katanya.
Peguam Vinod Sharma yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengguna pakai wang jaminan RM15,000 yang ditetapkan Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Hakim Ahmad Kamar membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan mengguna pakai jaminan RM15,000 serta menetapkan 8 Mac untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 16 2022
Norani Ismail, 66, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin. - Gambar hiasan
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Rasuah EU: Panzeri, Kaili, Tarabella kekal dalam tahanan praperbicaraan
Panzeri dan dua suspek lain ditahan kerana disyaki terlibat dalam pertubuhan jenayah, pengubahan wang haram dan rasuah.
Skandal 'Qatargate': Dua ahli Parlimen Eropah ditahan
Dua Ahli Parlimen Eropah dan dua suspek lain ditahan kerana disyaki terlibat dalam organisasi jenayah, pengubahan wang haram dan rasuah.
Kronologi kes Shafee berhubung pengubahan wang haram RM9.5 juta dan LHDN
Hakim mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muhammad Shafee di akhir kes pendakwaan.
Kronologi kes subahat pecah amanah, ubah wang haram, salah guna harta Syed Saddiq
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan penyandang kerusi Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membela diri.
Pakistan sambut baik dikeluarkan daripada 'grey list'
Pakistan telah mengukuhkan keberkesanan mekanismenya terhadap menangani pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.
Mahkamah tolak permohonan Syed Saddiq cabar kredibiliti saksi utama pendakwaan
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid ketika membuat keputusan itu berkata tiada keperluan untuk mencabar kredibiliti saksi berkenaan.
Mengejar wang haram mencemarkan demokrasi kita
Wang haram ini dibersihkan hasil daripada aktiviti seperti rasuah, penipuan, pengedaran dadah, keganasan, pelacuran dan perjudian haram.
Rosmah gagal percubaan kedua mohon hakim kes pengubahan wang haram tarik diri
Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal isytihar pendapatan kepada LHDN.
Tujuh individu didakwa miliki kereta mewah hasil kegiatan judi haram
Mengikut kertas pertuduhan, Chung Chee Yang dan isterinya telah menggunakan sebuah premis sebagai operator mesin judi.
Keputusan rayuan Abdul Azeez batal tuduhan rasuah, ubah wang haram pada 21 Mac
Abdul Azeez merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 12 Mac tahun lepas.