awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM2.7 juta bagi mangsa banjir 2025
Jabatan Keadilan AS dedah lebih 10,000 fail baharu kes Epstein
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik tanah di sempadan Malaysia-Thailand dianggap 'tekong darat' jika seludup migran

Bernama
Bernama
02/02/2022
14:53 MYT
Pemilik tanah di sempadan Malaysia-Thailand dianggap 'tekong darat' jika seludup migran
Datuk Hazani Ghazali berkata mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 serta disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. - Gambar fail/BERNAMA
PASIR MAS: Mana-mana pemilik tanah di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan akan dianggap sebagai 'tekong darat' sekiranya mereka dikesan terlibat dalam aktiviti penyeludupan pendatang haram.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 serta disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kemasukan pendatang warga Myanmar ke negara ini melalui pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan selepas Program 'Tangan Bersalaman' di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas hari ini.
Mengulas lanjut, Hazani berkata Polis Diraja Malaysia akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak perundangan mengenai hukuman setimpal bagi tekong dan pendatang haram yang sering melakukan kesalahan berulang.
"Kegiatan penyeludupan migran tidak akan berlaku sekiranya tidak ada tali barut dalam kalangan warga tempatan dan ia bukan berlaku di Kelantan sahaja.
"Kita ingatkan supaya jangan memikirkan poket sendiri tetapi fikirlah soal keselamatan dan masa depan rakyat di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilik tanah
#sempadan Malaysia Thailand
#tekong darat
#seludup migran
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan