Presiden Amanah Mohamad Sabu mengesahkan parti itu telah menghantar senarai nama calon termasuk daripada Kelantan dan Terengganu untuk dilantik sebagai senator.
Beliau bagaimanapun enggan menyatakan secara terperinci jumlah sebenar calon yang dicadangkan tetapi menyatakan sekurang-kurangnya lima pemimpin parti itu disenaraikan.
Katanya senarai nama tersebut telah diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dipertimbangkan kerana parti lain daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) turut menghantar senarai calon masing-masing.
"Calon daripada Kelantan dan Terengganu jika hendak dilantik dalam barisan Kabinet hendaklah dilantik sebagai senator terlebih dahulu. Selepas itu barulah mereka boleh dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri.
"Kita syorkan beberapa nama. Terserah kepada Tun Dr Mahathir untuk memilih dan kita juga tidak tahu bila Tun Dr Mahathir akan membuat keputusan," katanya kepada pemberita ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Amanah Terengganu, di sini, hari ini.
Setakat ini, keanggotaan dalam Kabinet masih berbaki tiga untuk menjadikannya 29 orang dan menurut Dr Mahathir mereka akan dilantik sebagai senator bagi mengisi kekosongan berkenaan.
Sementara itu, dalam ucapannya pada majlis itu, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata Amanah bukan lagi 'parti nyamuk' seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sebelum ini dengan sokongan kepada parti semakin meningkat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) .
Katanya, Amanah berjaya membuktikan pemimpin daripada parti itu diterima rakyat pada PRU14 dan kini lima pemimpinnya dilantik sebagai menteri manakala empat lagi sebagai timbalan menteri.
Mohamad turut mengesa semua pihak untuk berpandangan terbuka dan tidak lagi berada dalam kelompok mereka yang tidak matang dalam berpolitik hingga sanggup mengelak menghadiri majlis kenduri mahupun kematian hanya kerana tidak sehaluan dalam menyokong parti.
Pengerusi PH Terengganu yang juga Pengerusi Amanah negeri Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah pula berkata sehingga kini parti tersebut mempunyai 3,000 anggota berdaftar di Terengganu dan menurutnya jumlah itu bertambah selepas PRU14 dan masih dalam proses pengiraan.
Beliau berkata pemimpin parti gabungan PH mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua bulan sekali untuk merancang pelbagai perkara bagi membela nasib rakyat di Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 07 2018
Mohamad Sabu berucap ketika hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Amanah Terengganu hari ini. --fotoBERNAMA
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.