KUALA LUMPUR: Wakil rakyat perlu sentiasa menjaga adab dan menggunakan persidangan Dewan Rakyat serta Dewan Negara sebagai tempat membahaskan isu kepentingan rakyat, dan bukannya soal parti atau kepentingan peribadi.
Penganalisis politik, Prof Datuk Sivamurugan Pandian berpandangan, titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang memberikan lampu hijau kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk mengambil tindakan tegas terhadap ahli dewan yang melampaui batas ketika bersidang, jelas menunjukkan keprihatinan Seri Paduka Baginda dalam memastikan Parlimen menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan.
"Saya rasakan kuasa itu sudah ada pada Speaker dan Yang di-Pertuan Agong mahu ia digunakan lebih efektif. Selama ini Speaker Dewan Rakyat ada beri kelonggaran dalam menggunakan peraturan yang ada dalam dewan," katanya kepada Bernama pada Selasa.
Beliau berkata, keprihatinan dan ketegasan Sultan Ibrahim itu bertujuan memastikan Ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Negara menggunakan tempoh masa persidangan dengan sebaik mungkin dan memastikan proses membuat dasar menjadi lebih lancar.
"Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara perlu memastikan masing-masing mengguna pakai masa persidangan dengan baik dan bukan untuk bermain politik sebaliknya, untuk mengutamakan agenda merakyatkan kepimpinan dan isu-isu rakyat yang perlu dibahaskan," katanya.
Sivamurugan berkata, peringatan tegas itu juga menunjukkan Seri Paduka Baginda mahukan kemuliaan dewan dipertahankan dan wakil rakyat memainkan peranan mereka dengan lebih telus dan berkualiti.
Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong memberikan lampu hijau kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara, untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara yang melampaui batas, ketika bersidang.
Seri Paduka Baginda dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 bertitah, tindakan itu termasuk mengenakan penggantungan selama 14 hari kepada Ahli Parlimen yang terlibat, jika mereka masih berdegil.
Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub pula berkata, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara perlulah menunjukkan keperibadian sebagai pemimpin yang berwibawa dengan disiplin yang tinggi.
"Walaupun mereka bersidang dalam kalangan 222 ahli termasuk seorang Speaker, namun berpuluh juta rakyat memerhatikan peranan mereka dalam Parlimen. Kadang-kadang gambaran yang ditonjolkan bukan hanya diperhatikan dalam negara, malah ia juga diikuti oleh penonton di luar negara.
"Bersuara lantang perlu diikuti dengan fakta, perbahasan diluar tajuk dengan tujuan provokasi sudah tidak sesuai dan sudah sampainya ia berakhir. Kita mahukan Parlimen ini bukan sahaja dihormati rakyat tetapi dihormati oleh dunia," kata beliau yang juga Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024
Ketegasan Sultan Ibrahim bertujuan memastikan Ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Negara menggunakan tempoh masa persidangan dengan sebaik mungkin dan memastikan proses membuat dasar menjadi lebih lancar. - Gambar fail/Bernama
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.