JOHOR BAHRU: "Menjadi seorang pemimpin bukan tentang kehadiran atau penampilan tetapi tentang memastikan masalah rakyat diselesaikan," demikian titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
Pemangku Sultan Johor itu bertitah fokus utama baginda ialah untuk memastikan kemudahan penjagaan kesihatan bagi negeri itu dan pembangunan infrastruktur yang dijalankan serta menyelesaikan keperluan rakyat.
"Beta sudah bersuara mengenai situasi hospital di Johor sejak 2018, semasa kerajaan tidak memberi dana untuk membaiki kerosakan hospital di Johor, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memberi sumbangan peribadi baginda untuk membaiki fasiliti yang terbakar dan rosak.
"(Justeru), beta ingin melihat hospital-hospital ini dibina tepat pada masanya dan beroperasi secepat mungkin untuk memberi perkhidmatan kepada Bangsa Johor," titah baginda kepada Royal Press Office menerusi hantaran di Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail hari ini.
Baginda bertitah demikian ketika lawatan ke tapak Hospital Pasir Gudang di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani.
Pada sesi lawatan itu, Tunku Mahkota Ismail disembah maklum berkenaan Pembentangan Projek Hospital Sultanah Aminah II Johor Bahru dan Pembentangan Projek Hospital Pasir Gudang secara terperinci.
Baginda turut berkenan meluangkan masa berangkat ke ruangan model bangunan Hospital Pasir Gudang.
"Kedua-dua hospital baharu yang bakal dibina itu adalah sangat penting untuk memberi kemudahan perubatan yang lebih baik kepada Bangsa Johor pada masa akan datang serta membantu menampung jumlah pesakit di hospital-hospital sedia ada di negeri ini," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
"Menjadi seorang pemimpin bukan tentang kehadiran atau penampilan tetapi tentang memastikan masalah rakyat diselesaikan," demikian titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail. - Foto Facebook HRH Crown Prince of Johor
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Sambutan 25 Tahun PKR berkonsep mesra rakyat, bertemu pemimpin lebih dekat
Kehadiran hampir 10,000 pengunjung memeriahkan acara Sambutan 25 Tahun PKR di Depot Sentul sejak pagi tadi.
Presiden Palestin rakam terima kasih kepada kepimpinan dan rakyat Malaysia
Perkara itu dizahirkan Abbas ketika mereka bertemu di Sidang Plenari Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi pada Ahad.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Pemimpin perlu pastikan masalah rakyat diselesaikan - Tunku Mahkota Ismail
"Menjadi seorang pemimpin bukan tentang kehadiran atau penampilan tetapi tentang memastikan masalah rakyat diselesaikan," demikian titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
Pemimpin sekarang diingatkan supaya tidak rakus, angkuh, gelojoh macam pegawai penjajah - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemimpin sekarang diingatkan supaya tidak bersikap rakus, angkuh dan gelojoh sebagaimana pegawai-pegawai dari negara penjajah suatu masa dahulu.
Jangan fikirkan projek sahaja apabila dilantik jadi pemimpin, JKKK - Hajiji
Hajiji berkata sebaliknya mereka wajib rajin turun padang bagi berjumpa serta memahami sendiri denyut nadi rakyat, dan tidak meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
Jangan jadikan rakyat mangsa kepentingan politik - Ahmad Zahid
Pemimpin negara ini diingatkan supaya tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa, atau mempertaruhkan 'harga mahal' bagi mencapai kepentingan politik.
Pendidikan tinggi: Kepimpinan IPT tidak berani ambil risiko, lebih fikir kuantiti
Ramai yang terpedaya dengan eksploitasi kapitalis berkaitan isu ranking universiti, sehingga mereka menjadi taksub mengejar kuantiti berbanding kualiti.
Pemerkasaan wanita satu kerjasama, bukan soal dominasi
Pemerkasaan wanita bukanlah tentang dominasi, sebaliknya menjalin kerjasama bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih baik.