Pempengaruh TikTok Athira Auni maut kemalangan motosikal

Athira Auni dikenali sering berkongsi 'live' di Tiktok menjadi penebar roti canai di warung ayahnya.
KUANTAN: Seorang pempengaruh TikTok maut dalam kemalangan melibatkan dua motosikal di Jalan Tanjung Lumpur berhampiran TMG Mall Bandar Putra di sini pada awal pagi Sabtu.
Ringkasan AI
- Pempengaruh TikTok, Nurul Athira Auni Mohamad Hafizzan, maut dalam kemalangan motosikal di Jalan Tanjung Lumpur berhampiran TMG Mall Bandar Putra.
- Seorang penunggang lain cedera di tangan, siku, dan paha apabila motosikal pelajar politeknik merempuh mereka ketika dalam perjalanan dari Tanjung Lumpur ke Bandar Kuantan.
- Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal dari belakang merempuh mangsa, menyebabkan kematian Nurul Athira Auni di tempat kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku ketika kedua-dua penunggang terbabit dalam perjalanan dari arah Tanjung Lumpur menuju ke Bandar Kuantan.
"Ketika tiba di lolasi kejadian, semasa mangsa sedang bergerak lurus di lorong kanan, secara tiba-tiba sebuah motosikal ditunggang pelajar sebuah politeknik di sini dari arah belakang telah merempuhnya.
"Pelanggaran itu dipercayai berlaku ketika penunggang terbabit cuba mengelak motosikal mangsa ke kiri.
"Pada masa sama, mangsa juga mengelak arah sama hingga berlaku perlanggaran," katanya.
Ashari berkata, akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Tambah beliau, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan.Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.
"Mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Athira Auni dikenali sering berkongsi 'live' di Tiktok menjadi penebar roti canai di warung ayahnya. - Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang berlaku dalam kemalangan yang melibatkan seorang pempengaruh TikTok di Jalan Tanjung Lumpur? A: Seorang pempengaruh TikTok, Nurul Athira Auni Mohamad Hafizzan, meninggal dunia dalam kemalangan yang melibatkan dua motosikal di Jalan Tanjung Lumpur.
- Q: Siapakah yang dilaporkan cedera dalam kemalangan tersebut? A: Seorang lagi penunggang motosikal, lelaki berusia 20 tahun, dilaporkan cedera di bahagian tangan, siku, dan paha.
- Q: Apa yang menyebabkan kemalangan tersebut berlaku? A: Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang oleh seorang pelajar politeknik merempuh mangsa ketika cuba mengelak motosikal mangsa ke kiri.
- Q: Di manakah mangsa kemalangan itu meninggal dunia? A: Mangsa, Nurul Athira Auni Mohamad Hafizzan, meninggal dunia di tempat kejadian kemalangan di Jalan Tanjung Lumpur.
- Q: Apakah tindakan yang diambil pihak berkuasa terhadap kes kemalangan tersebut? A: Kes kemalangan tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh pihak berkuasa polis.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

