awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penangguhan pewartaan untuk pastikan PSKL 2040 ikut kerangka Malaysia MADANI - PM

Bernama
Bernama
08/04/2023
16:15 MYT
Penangguhan pewartaan untuk pastikan PSKL 2040 ikut kerangka Malaysia MADANI - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penangguhan pewartaan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) adalah bagi memastikan ia mengikut kerangka Kerajaan Perpaduan berlandaskan konsep Malaysia MADANI.
Beliau berkata projek pembangunan di ibu negara itu juga perlu dipastikan mampu membantu rakyat berpendapatan rendah.
"Ada tauke-tauke besar marah saya, saya bekukan sebab mahu kelulusan ikut kerangka pemikiran baharu kita... kalau kamu buat projek besar dengan untungnya beratus juta atau berbilion, silakan tetapi mesti ada projek yang kamu lakukan itu membantu kalangan yang berpendapatan rendah... kerajaan tidak mampu nak belanja keseluruhannya untuk rakyat yang berpendapatan rendah.
"Kita syaratkan ada projek yang memberi faedah kepada rakyat biasa. Kalau tidak, orang miskin tidak boleh duduk di Kuala Lumpur," katanya ketika berucap pada Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan di sini pada Sabtu.
Perdana Menteri juga berkata antara perkara yang diilhamkan beliau bagi pembangunan di ibu kota ialah memastikan setiap gerai dan warung kelihatan cantik, bersih dan berseni.
Terdahulu, Anwar dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa PSKL 2040 akan ditangguh hingga 31 Mei bagi membolehkan pelanjutan sesi libat urus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Melalui kenyataan itu, Anwar memaklumkan beliau mengambil perhatian pandangan yang berkehendakkan supaya pewartaan dokumen tersebut ditangguh untuk memberi peluang lebih luas kepada pihak berkepentingan lain bagi menyatakan pendapat terhadap pelan pemajuan Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#penangguhan pewartaan PSKL 2040
#Malaysia Madani
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan