awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Tiada arahan SD, Bersatu hanya serah nama setelah dititah istana - Muhyiddin
Keputusan kes 1MDB manifestasi keadilan, bukan kemenangan politik - ABIM
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaki Gunung Suku hanyut: Operasi SAR ditangguh ekoran hujan lebat

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/05/2022
10:35 MYT
Pendaki Gunung Suku hanyut: Operasi SAR ditangguh ekoran hujan lebat
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air di kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai, pada Ahad, ditangguhkan sementara berikutan hujan lebat. - Foto JBPM Perak
IPOH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air di kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai, di sini, pada Ahad, ditangguhkan sementara berikutan hujan lebat.
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, hujan lebat sejak tengah hari memberi risiko terhadap keselamatan pasukan penyelamat.
Menurutnya, dua pasukan yang mengandungi 30 anggota ditugaskan mencari di dua titik di mana lokasi anggota badan ditemui iaitu sekitar 500 meter hingga 750 meter dari tempat kejadian.
"Hujan menyebabkan trek menjadi licin selain risiko berlaku kepala air lagi berikutan tumpuan pasukan kita adalah mencari mangsa di laluan air tersebut.
"Semua pasukan telah diarah untuk kembali ke pos kawalan dan SAR ditangguhkan dahulu. Operasi akan diteruskan semula esok," katanya ketika ditemui di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Pos Atap Baru di sini, hari ini.
Beliau berkata, sepanjang dua hari operasi berlangsung, tiada peralatan atau barangan milik kedua-dua mangsa ditemui.
BACA: Pendaki Gunung Suku hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa
BACA: Dua pendaki hilang di Gunung Suku dihanyut arus deras selepas ditimpa kepala air
Sehubungan itu, katanya, khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) digunakan untuk mengesan petunjuk melibatkan kedua-dua mangsa berikutan keadaan lumpur di lokasi kejadian mencatat sedalam 0.3 meter.
"Kita juga akan berpandukan kepada keadaan sekeliling, contohnya penemuan bahagian kaki disebabkan dikerumun oleh lalat selain bau," ujarnya.
Terdahulu pasukan penyelamat menemui anggota tubuh manusia dipercayai milik pendaki wanita berkenaan.
Bahagian kaki kiri itu ditemui kira-kira jam 5.05 petang pada Ahad manakala separuh badan bahagian manusia dijumpai dalam timbunan tanah kira-kira jam 10.20 pagi ini.
Mangsa yang hilang dikenali sebagai See Su Yen, 32 dan Ng Yee Chew, 46, masing-masing dari Klang dan Cheras.
Topic Berkaitan
#dua pendaki hilang
#dua pendaki hanyut
#pendaki wanita
#Gunung Suku
#kepala air
#simpang pulai
#SAR ditangguh
#JBPM Perak
#mencari dan menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan