Pembatalan projek Lebuhraya Damansara-Kinrara (Kidex) seperti diumum Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali semalam, mengecewakan penduduk sekitar Petaling Jaya kerana pembinaan lebuh raya itu dilihat mampu mengurangkan kesesakan trafik di kawasan berkenaan.
Seorang penduduk di Jalan Gasing, Ajit Johl, 45, berkata tindakan pembatalan itu menunjukkan kerajaan negeri tidak prihatin dengan kesengsaraan penduduk yang terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas teruk setiap hari.
Katanya kerajaan Selangor sepatutnya melihat dengan lebih teliti keputusan tersebut kerana jika projek lebuh raya itu diteruskan, ia boleh membawa lebih banyak kebaikan kepada rakyat.
Menurutnya pertambahan jumlah kenderaan setiap hari pada masa akan datang, akan lebih memburukkan lagi kesesakan lalu lintas di kawasan itu apabila Kidex dibatalkan, malah pergerakan ambulan atau kenderaan kecemasan juga terbatas terutama pada waktu puncak.
"Penduduk di sini sudah sengsara dengan kesesakan trafik sejak sekian lama dan jika kerajaan negeri batalkan projek ini, beritahu rakyat apa perancangan lain yang boleh mereka buat untuk bantu menyuraikan kesesakan ini?
"Saya harap menteri besar (Mohamed Azmin) jangan politikkan pembinaan Kidex ini dan jangan jadikan rakyat sebagai mangsa kerana penduduk di sini amat perlukan jalan alternatif lain," katanya kepada Bernama.
Sehubungan itu, Johl menggesa kerajaan negeri menyemak semula keputusan pembatalan projek tersebut dan sekiranya wujud cadangan lebih baik daripada pembinaan Kidex, menteri besar diminta segera mengemukakannya kepada rakyat.
Bagi Mohamad Rafiq Fazaldin, 59, penantian penambahan jalan alternatif lain di Petaling Jaya sejak 50 tahun lepas, musnah apabila projek Kidex dibatalkan dan beliau menyifatkan kerajaan negeri 'memandang sepi' keperitan rakyat yang terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas di kawasan itu.
Mohamad Rafiq yang menetap di Seksyen 5 sejak 20 tahun lepas, berkata desakan dan rintihan penduduk di kawasan itu yang mahukan jalan tambahan bagi mengurangkan kesesakan trafik selama ini, tidak menjadi keutamaan kerajaan Selangor walaupun pelbagai surat permohonan agar pembinaan lebuh raya itu diteruskan, telah dihantar kepada Mohamed Azmin.
"Bagi projek Kidex ini, bukan kerajaan negeri perlu keluarkan perbelanjaan pun tetapi risiko terletak pada syarikat konsesi. Jika ada pihak yang bantah Kidex dibina, jangan lalu jalan itu. Biar kami yang tak sanggup hadapi kesesakan ini yang guna," katanya.
Mohamad Rafiq berkata pembatalan projek Kidex itu akan terus menyusahkan seluruh penduduk di kawasan terlibat terutama golongan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak ke sekolah pada awal pagi.
Beliau turut berharap kerajaan negeri dapat menimbang semula keputusan pembatalan pembinaan lebuh raya tersebut kerana projek itu pastinya telah dirancang dengan baik sebelum ini, untuk kemudahan rakyat pada masa depan.
Sementara itu, Faekah Hussin, Pegawai Khas kepada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pembatalan projek Kidex bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri kerana ia merupakan projek kerajaan persekutuan.
Beliau berkata Mohamed Azmin seharusnya lebih berhati-hati dengan 'perkataan' yang digunakan kerana rakyat mengetahui kuasa kerajaan negeri hanya membabitkan pemberian kebenaran untuk merancang.
Faekah berkata seandainya syarikat konsesi Kidex Sdn Bhd tidak mematuhi syarat yang ditetapkan seperti yang didakwa Mohamed Azmin, pengendali lebuh raya itu hanya perlu menyelesaikan masalah tersebut dengan kerajaan persekutuan.
"Kerajaan negeri hanya boleh beri kebenaran kepada syarikat (konsesi) untuk bina lebuh raya atau tidak dan bukan batalkan projek berkenaan.
"Pada pendapat saya, syarat-syarat (pembatalan) yang digunakan itu tidak sesuai malah pengendali Kidex mungkin boleh kenakan tindakan terhadap kerajaan negeri sebab mereka (kerajaan negeri) tidak terlibat untuk batalkan projek kecuali tidak memberi kebenaran untuk pembangunan," katanya.
Mohamed Azmin dalam kenyataan media semalam, menjelaskan bahawa pembatalan dibuat kerana pihak konsesi gagal mematuhi tiga syarat khusus yang ditetapkan kerajaan negeri sehingga tamat tempoh pada Sabtu lepas.
Tiga syarat yang gagal dipatuhi itu ialah penyediaan Penilaian Impak Lalu Lintas yang bebas, Penilaian Impak Sosial dan Penilaian Impak Alam Sekitar.
Selain itu, pemegang konsesi Kidex turut gagal mendedahkan kadar tol sepanjang tempoh konsesi termasuk segala kenaikan tol yang ditetapkan, selain tidak menyatakan anggaran rasmi jumlah tol yang akan dikutip termasuk kadar pulangan kepada pelaburan.
Pemegang konsesi Kidex juga tidak mendedahkan perjanjian konsesi sepenuhnya untuk mematuhi dasar kerajaan Pakatan Rakyat yang menegaskan ketelusan dan kebertanggungjawaban.
Bernama
Mon Feb 16 2015
Pembatalan projek Kidex oleh MB Azmin Ali (gambar) mengecewakan penduduk sekitar Petaling Jaya kerana pembinaan lebuh raya itu dilihat mampu mengurangkan kesesakan trafik di kawasan berkenaan.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.