awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga runcit diesel di Semenanjung naik 4 sen, petrol RON97 dan RON95 kekal
Rasuah di Malaysia: Kes Najib tidak dijadikan pengajaran – Mohd Annuar
Pasaran saham Indonesia kembali beroperasi, indeks utama kekal tidak menentu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendulang emas Kelantan perlu patuhi kawasan diwartakan

Bernama
Bernama
28/01/2026
09:33 MYT
Pendulang emas Kelantan perlu patuhi kawasan diwartakan
Mohamed Fadzli berkata pemberian lesen adalah satu pengiktirafan terhadap komitmen pendulang untuk mematuhi semua arahan dan peraturan yang ditetapkan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Pemilik lesen mendulang emas perlu mematuhi sepenuhnya syarat yang ditetapkan Kerajaan Negeri Kelantan, termasuk hanya menjalankan aktiviti di kawasan yang diwartakan bagi mengelakkan kesan negatif terhadap alam sekitar.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata pemberian lesen adalah satu pengiktirafan terhadap komitmen pendulang untuk mematuhi semua arahan dan peraturan yang ditetapkan.
"Lesen diberikan berdasarkan kesanggupan mereka mematuhi syarat, bukannya bermaksud apabila lesen diberi, pendulang boleh melakukan apa sahaja," katanya selepas mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.
Mohamed Fadzli berkata kerajaan negeri perlu mengimbangi antara memberi peluang kepada rakyat menjana pendapatan dan pada masa sama memastikan pemeliharaan alam sekitar serta kelestarian sungai terus terpelihara.
Beliau berkata penetapan kawasan mendulang sepanjang dua kilometer dibuat hasil perbincangan terperinci bersama pelbagai jabatan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan serta Pejabat Tanah dan Jajahan dengan mengambil kira aspek keselamatan dan alam sekitar.
Mohamed Fadzli berkata kawasan mendulang emas turut mempunyai zon penampang bagi memastikan aktiviti itu tidak melebihi had kawasan yang diwartakan, selain menegaskan penduduk kampung tidak seharusnya menghalang pergerakan pendulang emas berlesen ke kawasan terbabit kerana ia terletak di atas tanah rizab kerajaan negeri.
Beliau bagaimanapun berkata pendulang emas juga perlu mengelak daripada menceroboh tanah milik penduduk kampung dan menggunakan laluan tanah kerajaan, sambil menambah pelaksanaan aktiviti mendulang emas di negeri itu masih di peringkat awal dan akan diteliti untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendulang emas
#Kelantan
#Peraturan
#alam sekitar
#Mohamed Fadzli Hassan
#pendapatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan