awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur didakwa bunuh warga emas

Bernama
Bernama
17/12/2021
08:21 MYT
Penganggur didakwa bunuh warga emas
Penganggur Muhammad Shahrul Shamsudin didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas di Pelabuhan Klang minggu lepas. - Foto BERNAMA
KLANG: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas di Pelabuhan Klang dekat sini, minggu lepas.
Muhammad Shahrul Shamsudin, 33, hanya berdiam diri selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret P. Sarulatha dan tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Muhammad Shahrul didakwa membunuh Mohd Sani Abdullah, 69, pada 12.38 tengah hari pada 10 Dis lepas di hadapan sebuah rumah di Kampung Idaman, Pelabuhan Klang, dekat sini.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam K. Nathiya meminta Muhammad Shahrul dirujuk ke hospital kerana keluarga tertuduh mendakwa lelaki itu mempunyai masalah psikiatri namun tidak pernah mendapatkan rawatan di hospital.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 17 Jan 2022 untuk sebutan semula kes dan mengarahkan tertuduh dirujuk ke hospital psikiatri.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur'ain Madihah Zulkifli.
Pada 10 Dis, media melaporkan polis menahan dua lelaki berusia 33 tahun dalam tempoh kurang empat jam selepas disyaki membunuh seorang kontraktor di Kampung Idaman, Pelabuhan Klang, dekat sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh warga emas
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#Klang
#hukuman mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan