KUALA LUMPUR: Seorang penganggur yang videonya tular kerana menampar dua lelaki dan merosakkan telefon bimbit mereka di kawasan tempat letak kereta, dijatuhi hukuman denda RM4,500 oleh dua Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret S. Arunjothy menjatuhkan hukuman denda RM1,800 atau 14 hari penjara terhadap Ong Hock Shin, 54, selepas dia mengaku bersalah mencederakan Tan Huan Jin, 21, di Taman Danau Kota, Setapak di sini pada 6 petang, 14 Okt lepas.
Ong turut didenda RM2,700 atau tiga bulan penjara oleh Majistret Illi Marisqa Khalizan kerana mencederakan Lim Wei Chuan, 20, dan melakukan khianat dengan merosakkan dua telefon bimbit milik mangsa pada tempat, masa dan tarikh sama.
Bagi kesalahan mencederakan, Ong dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih RM2,000 manakala tuduhan khianat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafiezah Mohamed Fauzi dan Zuhairi Osman masing-masing memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh.
Peguam Ahmad Ikram yang mewakili Ong memohon supaya hukuman penjara tidak dikenakan terhadap anak guamnya dengan alasan tertuduh menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.
Sebelum ini media melaporkan seorang lelaki ditahan selepas disyaki menampar dan melemparkan telefon bimbit rakannya akibat perselisihan faham antara mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023
Majistret S. Arunjothy menjatuhkan hukuman denda RM1,800 atau 14 hari penjara terhadap Ong Hock Shin, 54, selepas dia mengaku bersalah.
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilionberbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Penganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar 9.2kg heroin
Tertuduh, A Nathan, 48 tahun, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Jumlah penganggur dalam negara menurun, pasaran buruh kekal trend naik pada Jan 2024 - DOSM
Pasaran buruh negara kekal naik selari dengan kedudukan ekonomi negara yang meningkat dan sejajar perkembangan ekonomi global.
Penganggur dipenjara 30 tahun, 10 sebatan culik tiga lelaki warga Bangladesh
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara turut mengekalkan hukuman 10 sebatan yang disahkan oleh Mahkamah Rayuan terhadap Suhaimi Alias, 47.
Wanita ditahan bersama 6.2kg ganja dalam guni
Seorang wanita yang merupakan penganggur ditahan oleh anggota BSJND IPD Temerloh pada jam 3.15 petang.
Polis tahan dua penganggur cuba seludup minyak masak, gula ke Thailand
Polis menahan dua lelaki bersama minyak masak dan gula yang cuba diseludup ke negara jiran Thailand, semalam.
Penganggur dengan 15 rekod jenayah ditahan lagi pecah rumah, curi kereta
Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan Amphethamine (AMP).
Penganggur didakwa lakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak di PPS
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapanya itu dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Penganggur didenda RM4,500 tampar dua lelaki, rosak telefon bimbit
Majistret S. Arunjothy menjatuhkan hukuman denda RM1,800 atau 14 hari penjara terhadap Ong Hock Shin, 54, selepas dia mengaku bersalah.
'Abang baby' mengamuk di restoran didenda RM300
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farah Sofea Norazman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran.
Bilangan penganggur berkurangan pada April 2023 - DOSM
Bilangan tenaga buruh pada April tahun ini catat kenaikan sebanyak 0.2 peratus kepada 16.84 juta orang berbanding 16.81 juta orang pada Mac.