KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen membangkitkan isu pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini telah disalurkan sebanyak RM101 bilion kepada 7.4 juta ahli.
Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat) berkata, pengeluaran KWSP itu turut menyebabkan simpanan pencarum kurang daripada RM10,000 sekeluarga.
"...dan kalau mereka lepaskan kerja dan bersara, mereka tidak mempunyai simpanan lagi. Golongan ini akan tersenarai dalam golongan miskin di negara kita dan kita akan ada masalah besar dan ia akan menjadi masalah sosial ekonomi di bandar dan luar bandar," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.
Sehubungan itu, Xavier berkata, kerajaan perlu melihat kesan terhadap situasi kewangan negara bagi sebarang bentuk kemudahan yang dilaksanakan pada masa depan.
Selain itu, beliau berkata belanjawan yang disediakan perlu mengambil kira aspirasi Keluarga Malaysia secara keseluruhannya dan tidak berteraskan pada belanjawan berdasarkan kaum semata-mata.
"Saya nampak dari tahun ke tahun, perbelanjaan kita secara keseluruhannya berasaskan kaum, kita nak jawab di bawah (peringkat akar umbi) pun susah.
"Selalu timbulkan berapa Bumiputera dapat, berapa Cina dapat, berapa India dapat, berapa Orang Asli dapat... Situasi ini kita tak boleh jawab kalau kita teruskan dengan race based budget (belanjawan berdasarkan kaum)," katanya.
Seramai 11 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan rang undang-undang itu yang dibentangkan Jumaat lepas.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021
Xavier berkata, kerajaan perlu melihat kesan terhadap situasi kewangan negara bagi sebarang bentuk kemudahan yang dilaksanakan pada masa depan. - Astro AWANI
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
PRU15: Hans, Xavier nafi bertanding kerusi Parlimen Kuala Langat
Hans Isaac ketika dihubungi memaklumkan tidak mengetahui tentang dirinya terpilih sebagai calon yang akan bertanding merebut kerusi Parlimen tersebut.
Dua lagi Ahli Parlimen sah sertai PBM
Ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Segamat Edmund Santhara Kumar kini sah bersama Parti Bangsa Malaysia (PBM).
'Saya kekal dengan pendirian saya, itu sahaja' - Xavier
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya wartawan berhubung kenyataan tersebut.
Xavier pernah dakwa 'menteri kanan' paksa sokong PN, atau berdepan tindakan - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, Dr Xavier pernah memaklumkan kepada pimpinan PKR sebelum ini, mendakwa dirinya menjadi sasaran SPRM.
Dijangka 7 hingga 8 ahli Parlimen pembangkang akan sokong kerajaan PN - Annuar Musa
Annuar difahamkan seramai tujuh hingga lapan orang lagi kawannya memberi indikasi dan bersedia menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Pembangkang perlu terima kasih kepada Anwar, bukan cuba ganti beliau - Xavier
Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa boleh digagalkan jika semua pihak bersatu padu, hadir dalam setiap proses mengundi, kata Xavier.
Tiada perubahan tarif air di Selangor - Xavier
Xavier Jayakumar yang memberi jaminan itu berkata kerajaan telah membuat perkiraan yang perlu dan mendapati tarif air boleh kekal seperti keadaan semasa.
LRA Langat 2 tidak akan sebabkan bil air Selangor, KL meningkat
Air Selangor akan nikmati tempoh pembayaran balik kepada PAAB selama 45 tahun, sekali gus tidak jejaskan bil air penduduk.
Catu air jika kemarau berterusan di Kedah - Xavier
Catuan air kepada pengguna di Kedah mungkin dilaksanakan dalam masa terdekat, kerana kemarau di negeri terbabit dijangkakan berlarutan sehingga Mac tahun ini.
Tarif air di Negeri Sembilan kekal, menteri akan adakan perbincangan
Satu mekanisma perlu dibentangkan kerajaan negeri jika mereka memilih untuk mengekalkan tarif sedia.