awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengubahan wang haram dan rasuah, tiga pegawai bank ditahan

Bernama
Bernama
13/05/2025
16:53 MYT
Pengubahan wang haram dan rasuah, tiga pegawai bank ditahan
SPRM menahan tiga pegawai dua institusi perbankan di Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram dan rasuah membabitkan permohonan pinjaman lebih RM21 juta. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai dua institusi perbankan di Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram dan rasuah membabitkan permohonan pinjaman lebih RM21 juta.
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang terdiri daripada pengurus perniagaan, ketua jabatan dan pengurus cawangan itu disyaki secara bersama memiliki, mengubah, memindah dan menggunakan wang hasil bayaran rasuah yang diterima daripada tiga syarikat sekitar 2024.
"Berdasarkan siasatan awal, suspek yang berjawatan ketua jabatan dipercayai meminta dan menerima wang rasuah lebih RM170,000 daripada tiga syarikat yang telah membuat lima permohonan pinjaman keseluruhannya berjumlah lebih RM21 juta.
"Wang rasuah ini sebagai balasan kerana memproses dan meluluskan pinjaman-pinjaman yang dibuat oleh syarikat berkenaan," katanya.
Menurutnya, kesemua suspek ditahan sekitar 4 hingga 5 petang tadi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya ketika hadir memberikan keterangan.
Susulan tangkapan itu SPRM turut membekukan empat akaun perbankan milik individu melibatkan nilai kira-kira RM268,000 selain menyita tiga unit peranti telekomunikasi dan sebuah komputer riba.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM Norhaizam Muhammad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) 2001 dan menurut Norhaizam kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman, pagi esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengubahan wang haram
#Rasuah
#pegawai bank
#ditahan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan