Pengusaha dan peniaga makanan yang menggaji pekerja asing diberi amaran supaya memberikan suntikan tifoid atau demam kepialu kepada pekerja mereka dalam usaha mengekang penyebaran wabak penyakit itu.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata pemeriksaan yang dijalankan oleh kementerian itu mendapati lebih 30 peratus majikan yang diperiksa menggaji pekerja asing yang tidak menerima suntikan berkenaan.
"Suntikan ini adalah wajib dan merupakan salah satu syarat yang perlu dipatuhi oleh pengusaha perusahaan makanan negara ini.
Kita telah memberikan amaran, jika mereka masih gagal mematuhinya, mereka akan berdepan tindakan," katanya pada sidang media selepas proses penamaan calon bagi pemilihan semula Majlis Tertinggi MIC di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Subramaniam juga meminta pihak kontraktor, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta agensi berkaitan supaya memastikan kebersihan penempatan pekerja asing di tapak-tapak pembinaan.
Katanya pemeriksaan yang dijalankan mendapati penempatan berkenaan merupakan antara punca pencemaran dan penyebaran penyakit.
Bagaimanapun Dr Subramaniam berkata pekerja asing bukanlah satu-satunya penyebab peningkatan wabak kepialu kebelakangan ini.
Katanya wabak itu memang telah wujud di negara ini namun faktor persekitaran serta pengabaian kebersihan menjadi punca penyebarannya.
Bernama
Sun Oct 25 2015
SUBRAMANIAM: Suntikan ini adalah wajib dan merupakan salah satu syarat yang perlu dipatuhi oleh pengusaha perusahaan makanan negara ini.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Demam kepialu: Sebuah sekolah di Kelantan diarah jalani saringan
JKNK mengesahkan seramai 1,000 orang termasuk pelajar sebuah sekolah menengah di sini, menjalani ujian saringan tifoid atau demam kepialu.
126 premis makanan diarah tutup dalam Ops Kepialu KL
Sebanyak 126 premis makanan telah diarahkan tutup dalam Ops Kepialu KL 2015 yang dijalankan bermula 4 hingga 6 November atas faktor kebersihan.
Tifoid: Kebersihan pekerja asing sektor pembinaan juga perlu dipersoalkan - PRESMA
PRESMA mahu pihak berkuasa tidak menumpukan usaha mengekang penularan penyakit demam kepialu kepada pekerja asing di restoran sahaja.
55 kes demam kepialu di KL dan Selangor
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga kes masih dalam rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Tifoid: 30 peratus warga asing di Malaysia tidak disuntik vaksin
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Subramaniam menggesa pihak majikan lebih bertanggungjawab dalam menangani hal tersebut.
Jabatan kerajaan tempatan ambil langkah tangani kes demam kepialu
Antara tindakan yang perlu diambil adalah meningkatkan tahap kebersihan premis makanan dan memastikan semua pengendali makanan mempunyai sijil pengendali makanan dan mendapat suntikan anti tifoid.
Pengusaha makanan diarah beri suntikan tifoid pada pekerja asing - Subramaniam
Pemeriksaan mendapati lebih 30 peratus majikan yang menggaji pekerja asing yang tidak menerima suntikan tifoid atau deman kepialu.
Jangan dengar khabar angin, demam kepialu masih terkawal - Dr Subramaniam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam meminta orang ramai agar tidak khuatir dengan situasi demam kepialu di ibu negara, berdasarkan khabar angin yang tersebar ketika ini.
Golongan pekerja lebih berisiko dijangkiti demam kepialu - Kementerian
Orang ramai yang mempunyai gejala demam kepialu untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya simptom berlarutan beberapa hari.
Demam kepialu: Bagaimana tersebar, simptom dan cara mengelak daripada dijangkiti
Ketahui tanda-tanda jangkitan demam kepialu, cara ia tersebar dan langkah yang boleh diambil untuk melindungi keluarga anda.