KUALA LUMPUR: Penilaian tinggi yang dizahirkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar terhadap kredibiliti dan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri menunjukkan keyakinan institusi diraja terhadap reformasi pentadbiran yang sedang dilaksanakan kerajaan.
Penganalisis politik daripada Pusat Perdana Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Mazlan Ali berpandangan penilaian oleh Sultan Ibrahim itu pastinya dibuat berdasarkan pengalaman lalu baginda serta situasi semasa hubungan kerajaan Persekutuan dan negeri, khususnya Johor berbanding sebelum ini.
Mazlan berkata penilaian tinggi oleh Sultan Johor itu jelas menunjukkan corak pemerintahan yang ditonjolkan Anwar antaranya sedia berbincang dan mendengar pandangan dalam hal berkaitan kepentingan negara termasuk ketegasan dalam menentang rasuah diterima baik bukan sahaja oleh rakyat tetapi penerimaannya juga 'meresap' sehingga ke istana.
"Penzahiran oleh Tuanku Sultan Ibrahim ini pastinya berdasarkan kepada sifat Tuanku sebagai ketua negeri dan sultan bagi negeri Johor yang secara umumnya berperanan di dalam sistem federalisme, iaitu hubungan di antara Persekutuan dengan negeri.
"Dengan pengalaman luas dalam hal federalisme, sudah pasti kenyataan Tuanku Sultan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar sudah berada pada satu trek yang begitu baik dan dilihat sebagai kerajaan yang mampu untuk memacu pertumbuhan serta kemajuan negara kembali ke landasan yang betul," katanya kepada Bernama.
Mazlan mengulas mengenai titah Sultan Ibrahim yang menyifatkan hubungan antara kerajaan Persekutuan dan Johor bertambah baik di bawah kepimpinan Anwar malah kerjasama itu adalah lebih baik berbanding mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.
Sultan Ibrahim menerusi temu bual dengan sebuah akhbar tempatan kelmarin juga dipetik sebagai bertitah mahu Kerajaan Perpaduan membersihkan amalan rasuah yang disifatkan sebagai 'kanser' yang perlu disingkirkan tanpa mengira sesiapa pun.
Mengulas lanjut, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak itu berkata penzahiran oleh Sultan Johor itu juga mungkin mengambil kira peluang dan kesan baik dari sudut perdagangan dan ekonomi kepada negeri Johor, kesan hubungan baik kerajaan Persekutuan dan negeri yang terbina itu.
"Sebagai seorang yang mengetuai sebuah negeri antara yang termaju dan paling hampir dengan Singapura, Tuanku Sultan pastinya melihat banyak peluang dari sudut perdagangan dan ekonomi bakal dinikmati rakyat...maka Tuanku membuat kenyataan sedemikian yang pada saya, ia adalah penzahiran yang jujur dan lahir berdasarkan pengalaman baginda dalam pemerintahan, khususnya yang berkaitan dengan urusan negeri dengan Persekutuan," katanya.
Berhubung kenyataan yang mahu Kerajaan Perpaduan membersihkan perlakuan rasuah tanpa mengira sesiapa, Mazlan berkata ia adalah atas keyakinan baginda terhadap keazaman dan konsisten Anwar melakukan 'reformasi' dan menentang rasuah sejak sekian lama.
"Saya percaya kenyataan Tuanku Sultan ini adalah atas keyakinan baginda terhadap keazaman, usaha-usaha dan tindakan yang dibuat oleh Anwar selaku Perdana Menteri dalam membersihkan negara daripada amalan rasuah dan memastikan tata kelola serta pentadbiran kerajaan yang lebih baik," katanya.
Sementara itu, Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Sivamurugan Pandian pula berkata penghargaan dizahirkan Sultan Johor kepada Perdana Menteri ke-10 itu memberi isyarat jelas bahawa Kerajaan Perpaduan diterajui Anwar sedang bergerak ke arah kestabilan politik dan pentadbiran yang dihasratkan rakyat.
Justeru, katanya Kerajaan Perpaduan seharusnya didukungi oleh semua pihak dengan memberikan nilai tambah kepada pembaharuan yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan selain memberi ruang kepada barisan Kabinet Anwar untuk membaik pulih tadbir urus negara.
Beliau berkata Anwar juga berada di landasan yang betul apabila Perdana Menteri itu telah mengemudi dan mentadbir urus Kerajaan Perpaduan ke arah yang lebih baik dan utuh, walaupun kerajaan dibentuk menerusi gabungan pelbagai parti serta ideologi yang berbeza.
Selain itu, Sivamurugan berpendapat penghargaan Sultan Ibrahim itu juga menunjukkan gaya kepimpinan Anwar yang mengamalkan rundingan berpartisipasi dan akomodasi dalam melaksanakan sesuatu perkara terutamanya berkaitan agenda rakyat.
Beliau berkata penghargaan dan penilaian tinggi yang diberikan ke atas Perdana Menteri tentunya didorong oleh maklum balas serta respons pantas diikuti dengan tindakan atau pelan pelaksanaan terhadap sesuatu cadangan yang dikemukakan oleh Baginda.
"Dalam hal ini Anwar juga dilihat mengamalkan amalan konsensus, yang akhirnya menjamin agenda rakyat dapat diberikan keutamaan," katanya dan menambah ini juga membuktikan kredibiliti Anwar sebagai seorang Perdana Menteri yang berwibawa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 24 2023

Sultan Ibrahim menyifatkan hubungan antara kerajaan Persekutuan dan Johor bertambah baik di bawah kepimpinan Anwar malah kerjasama itu lebih baik berbanding mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

Kalimah Allah: Perhalusi kesan tarik balik rayuan mahkamah - Sultan Johor
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan agar Kerajaan Persekutuan memperhalusi semula tindakan menarik balik rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Flat kos rendah: Jangan putar belit kenyataan saya - Sultan Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran kepada segelintir pihak supaya tidak menjadikan kenyataan baginda mengenai keadaan flat kos rendah di negeri ini sebagai isu politik.

Isu naik taraf flat kos rendah perlu kerjasama semua pihak - ADUN Skudai
Di Skudai sahaja lebih 11 kawasan flat kos rendah menghadapi pelbagai permasalahan antaranya sistem pendawaian elektrik, sistem perpaipan, parit dan prasarana uzur.

Sultan Johor zahir rasa kecewa, keadaan flat kos rendah ibarat 'reban ayam'
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menzahirkan perasaan kecewa terhadap keadaan bangunan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan flat-flat kos rendah di negeri ini.

Tunku Abu Bakar raih podium kejuaraan GT World Challenge Asia
Tunku Abu Bakar yang bergandingan bersama pakar lumba endurance Jerman Luca Stolz, cemerlang menamatkan saingan di kedudukan podium itu dengan catatan 1 jam 50.992 saat (s).

Ahli politik perlu beri perhatian terhadap titah Sultan Johor - Penganalisis
Ahli-ahli politik harus sedar bahawa apa yang dititahkan oleh Sultan Ibrahim merupakan kegusaran baginda terhadap masa depan negara.

Tumbang kerajaan: Sampai bila rakyat tanggung keadaan sebegini? - Sultan Ibrahim
Sultan Johor Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah menyuarakan kebimbangan baginda berkenaan desas-desus yang menyentuh mengenai kestabilan kerajaan.

Lelaki mengaku tidak bersalah buat hantaran jelik terhadap Sultan Johor
Sabit kesalahan membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Keramahan rakyat Malaysia redakan rindu warga asing
Keramahan dan kerukunan rakyat Malaysia terus mengeratkan hubungan sesama anggota komuniti dan ia turut meredakan kerinduan warga asing yang jauh dari keluarga dan orang tersayang.

Aidilfitri: 18,000 hadiri Majlis Rumah Terbuka Sultan Johor
Kira-kira 18,000 masyarakat pelbagai kaum dan agama mengambil kesempatan meraikan hari kedua Syawal dengan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.