KUALA LUMPUR: Seorang pegawai perubatan profesional di Putrajaya melahirkan kebimbangan berhubung masalah kesihatan mental yang semakin meningkat dalam kalangan awal remaja di seluruh dunia dengan kes bunuh diri menjadi penyebab kematian keempat tertinggi dalam demografi ini.
Dr Saraswathy Tangamani dari Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9 berkata pengabaian kesihatan mental golongan ini dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal dan mental di alam dewasa, sekali gus mengehadkan peluang mereka menjalani kehidupan penuh bermakna.
"Di peringkat global, satu daripada tujuh awal remaja ini mengalami masalah gangguan mental yang menyumbang 13 peratus daripada beban penyakit global dalam kumpulan umur ini. Kemurungan, keresahan dan gangguan tingkah laku menjadi antara penyebab utama penyakit dan ketidakupayaan," katanya kepada Bernama dalam kenyataan.
Menyedari keseriusan trend yang membimbangkan itu, beliau memulakan satu projek dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor pada 15 Mac lepas.
Projek itu bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kepentingan kesihatan mental dan menawarkan saringan, rujukan dan pengurusan bersesuaian bagi remaja ini yang berdepan cabaran kesihatan mental.
Beliau menekankan kepentingan projek "Pemerkasaan Remaja: Membina Minda Lebih Kuat" yang melibatkan 80 pelajar tingkatan enam dari sekolah berkenaan dengan objektif untuk memperkasa mereka dalam membuat keputusan bermaklumat tepat dan memupuk tabiat sihat.
Program yang diadakan dari 7.30 pagi hingga 12 tengah hari itu turut disertai Dr Saritha Ramachandran dari Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang dan Dr Kausalya Naidu dari Klinik Kesihatan Dato Keramat.
Ia dimulakan dengan acara pembentangan oleh seorang pakar psikiatri, selain penyediaan enam reruai interaktif yang menampilkan paparan dan demonstrasi oleh kaunselor klinikal, pakar nutrisi dan ahli terapi kerja.
Penganjuran projek yang memasuki tahun keempat pelaksanaanya itu melambangkan kerjasama antara pelatih dari Program Latihan Malaysia-Ireland untuk Perubatan Keluarga (MInTFM) dan Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang.
Ia turut mendapat sokongan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan yang komited memperjuangkan kesihatan mental dan mempromosi inisiatif kesejahteraan.
Peserta juga mendapat akses kepada perkhidmatan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan untuk menilai kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024
Pengabaian kesihatan mental golongan remaja dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal dan mental di alam dewasa. - Gambar hiasan
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet
Punca utama stres termasuk, beban kerja berat, kekurangan latihan atau sokongan dan tekanan tinggi daripada pengurusan atau persekitaran.
Kesihatan mental tanpa rawatan undang peningkatan kes terjun jambatan di Kelantan
Masalah kesihatan mental rakyat Kelantan yang dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya akan menimbulkan pelbagai permasalahan termasuk kemurungan serius.
Masyarakat digesa sentiasa beri sokongan kepada mualaf - Raja Muda Perlis
Aspek kesihatan mental saudara baharu itu harus diberikan perhatian supaya soal kesejahteraan kehidupan mereka sentiasa terpelihara.
Kerajaan fokus beri rawatan terhadap individu cuba bunuh diri - Azalina
Penghapusan Seksyen 309 Kanun Keseksaan tahun lepas memberi peluang baharu, di samping menggalakkan mereka untuk dapatkan rawatan.
Peningkatan isu kesihatan mental membimbangkan - Doktor
Pengabaian kesihatan mental golongan remaja dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal dan mental di alam dewasa.
NIOSH, JKM Negeri Sembilan tingkat kesedaran penjagaan kesihatan mental warga emas
NIOSH dan JKM Negeri Sembilan mengambil langkah proaktif berkongsi teknik menangani tekanan mental dalam kalangan warga emas di PAWE di sini.
NIOSH peruntuk RM12 juta sedia latihan bantu tangani isu kesihatan mental di tempat kerja
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) memperuntukkan sejumlah RM12 juta bagi menyediakan latihan secara percuma kepada 10,000 golongan pekerja.
New York City saman Facebook, TikTok, YouTube - didakwa mudarat kesihatan mental belia
Menurut saman, perkhidmatan media sosial itu membawa kepada kemudaratan dan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia dan kanak-kanak.
Kerajaan Turkiye laksana 5,533 aktiviti selepas kejadian gempa bumi
Aktiviti itu melibatkan penyertaan pakar kesihatan mental, sukarelawan, pendidik dan jurulatih untuk 420,236 mangsa.