KUALA LUMPUR: Kebajikan penjawat awam sentiasa diberi perhatian dan tidak akan dilupakan dalam Bajet 2022 yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Jumaat ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkhidmatan 1.6 juta penjawat awam sentiasa dihargai oleh kerajaan dan rakyat.
"Kita sangat menghargai penjawat awam kerana mereka sangat penting kepada pembangunan negara, tentu sekali tidak pernah melupakan mereka... tunggu sajalah pembentangan Bajet 2022," katanya ketika ditanya mengenai 'berita baik' bagi penjawat awam dalam belanjawan tahun depan semasa Wawancara Bajet 2022 media bersama Perdana Menteri di sini hari ini.
Dua aspek yang diberi tumpuan dalam Bajet 2022 adalah penjanaan pekerjaan bagi sektor swasta dan awam bagi mengatasi masalah pengangguran dan pendidikan yang merangkumi peruntukan untuk institusi pendidikan bukan hanya untuk Sekolah Kebangsaan, tetapi juga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil serta Maahad Tahfiz.
Ismail Sabri berkata, penjanaan pekerjaan melibatkan semua pihak, golongan belia, rentan dan orang kurang upaya (OKU).
"Hampir 440,000 penempatan pekerjaan dan penciptaan pendapatan berjaya dilaksanakan di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan setakat 22 Okt lepas menerusi pelbagai inisiatif," katanya.
Beliau berkata, majoriti daripada kejayaan itu disumbangkan oleh penempatan pekerjaan secara pengambilan terus menerusi program Penjana Kerjaya, program Short-term Employment Program atau MySTEP serta Program Perantisan dan Skim Perantisan Nasional (SPN) membabitkan peruntukan RM3.9 bilion.
Katanya, kadar pengangguran dalam negara juga beransur pulih dari nilai tertinggi iaitu 5.3 peratus pada Mei 2020 kepada 4.6 peratus pada Ogos lepas hasil program latihan relevan yang disediakan kerajaan bagi meningkatkan kebolehpasaran dan melengkapkan rakyat dengan kemahiran selari permintaan industri.
Sehubungan itu beliau mengajak rakyat supaya mendengar dan memberi tumpuan kepada faedah yang bakal mereka peroleh daripada Bajet 2022.
Dalam sektor pendidikan, Ismail Sabri berkata kerajaan akan terus menekankan kualiti pendidikan serta membina ketahanan sistem pendidikan negara berdasarkan pengalaman semasa pandemik COVID-19 selain memberi perhatian mengenai pembayaran pinjaman pendidikan.
Perdana Menteri berkata, Bajet 2022 juga akan menyokong kembali sesi pembelajaran yang lama terjejas akibat penutupan aktiviti ekonomi dan sosial terutama melalui agenda digitalisasi menerusi penyediaan kemudahan serta bantuan pendidikan kepada golongan B40 yang paling terjejas.
"Apa yang penting adalah imunisasi anak-anak kita yang sekarang ini sedang berjalan lancar dan ini salah satu aspek yang akan menentukan kejayaan pembukaan sekolah semula, di samping pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang baik dan berdisiplin," katanya.
Beliau berkata, sekolah-sekolah daif khususnya di luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak tidak ketinggalan mendapat perhatian dalam Bajet 2022 yang mana ia akan dibaik pulih bagi memastikan pelajar dapat mengikuti proses pembelajaran secara kondusif dan sempurna.
Katanya, Bajet 2022 akan membantu Keluarga Malaysia di bandar dan di luar bandar yang berdepan dengan tekanan kenaikan kos sara hidup ditambah lagi dengan penularan pandemik COVID-19. - BERNAMA
Bernama
Wed Oct 27 2021
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkhidmatan 1.6 juta penjawat awam sentiasa dihargai oleh kerajaan dan rakyat.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.
Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.
Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.
Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.
Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.
Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.
Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.
Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.
Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).