Seorang penolong jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan seorang kontraktor ditahan reman pada Rabu, dipercayai terlibat dengan tuntutan palsu bernilai RM720,000, tahun lalu.
Perintah tahanan reman selama enam hari sehingga Isnin depan ke atas lelaki berusia 58 dan 57 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Fauzi di Mahkamah Majistret Ipoh.
Mereka ditahan antara 7.20 dan 8.20 malam Selasa di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Bagaimanapun, dua lagi pegawai JPS yang turut ditahan bersama-sama mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Mereka dipercayai terlibat dengan tuntutan yang mengandungi butiran palsu pada tahun 2018 bagi kerja-kerja baik pulih sungai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Perak Tengah berkaitan empat sebut harga yang berjumlah hampir RM720,00.
Namun tiada sebarang kerja kerja fizikal membaik pulih telah dibuat di tebing sungai di tapak itu sehingga ke hari ini tetapi bayaran penuh kerja telah dilunaskan dan diterima oleh pihak kontraktor.
Mereka disyaki telah berpakat dengan kontraktor untuk membuat tuntutan palsu.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jun 19 2019
Perintah tahanan reman selama enam hari sehingga Isnin depan ke atas lelaki berusia 58 dan 57 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Fauzi di Mahkamah Majistret Ipoh.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
AWANI Ringkas: Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pegawai kastam maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan
Seorang pegawai kastam maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 18.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, semalam.
Cuaca buruk dan air pasang besar, Johor sedia pam air di daerah terlibat
Kerajaan Johor dan JPS negeri bersiap siaga dengan penyediaan pam di setiap daerah yang terlibat berikutan amaran cuaca buruk dan air pasang besar.
Ramalan kaji cuaca masih terbatas, bukan untuk elak banjir
Dengan teknologi yang ada ketika ini, ramalan cuaca hanya boleh dikeluarkan seawal 10 hari sebelum ia berlaku.
Amaran banjir di Terengganu, Pahang bermula 24 hingga 26 Dis
JPS mengeluarkan amaran banjir diramal berlaku secara berperingkat di beberapa kawasan rendah berhampiran sungai di Terengganu dan Pahang bermula 24 hingga 26 Dis ini.
Kajian akan dilakukan bagi kerja mitigasi di kawasan berisiko tinggi - Young Syefura
Menurut Ahli Parlimen Bentong kerja baik pulih segera cerun dan jalan serta kerja pembersihan dan pendalaman sungai juga akan dilakukan.
Monsun Timur Laut cuti kakitangan JKR, JPS Perak dibeku - Exco
Cuti bagi kakitangan Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, dibekukan sejak minggu lepas menjelang musim Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November ini.
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 312 orang
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 312 orang daripada 89 keluarga malam ini, berbanding 156 orang daripada 45 keluarga pagi tadi.
Banjir kilat di Perak akibat taburan hujan luar biasa
Punca banjir kilat yang berlaku di sekitar Perak baru-baru ini adalah lebih kepada taburan hujan yang sangat lebat ataupun luar biasa.
12 'hotspot' dikenal pasti jadi punca sampah di Sungai Skudai
Dua belas lokasi 'hotspot' sampah telah dikenal pasti menjadi punca pencemaran Sungai Skudai, di sini sehingga kini.
Sarawak terima 92 projek Persekutuan bernilai RM1.092 bilion - Uggah
Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak telah menerima senarai 92 projek infrastruktur bernilai RM1.092 bilion daripada kerajaan Persekutuan.
Banjir dan air pasang, penduduk Batu Pahat diminta berjaga-jaga
Penduduk di daerah ini diminta berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan susulan banjir yang masih belum reda dan fenomena air pasang yang dijangka berlaku sehingga Ahad ini.