KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) berpendapat bahawa takrifan kategori pendapatan sedia ada tidak menggambarkan realiti cabaran dan kekangan dihadapi oleh rakyat terutamanya mengikut keadaan ekonomi sekarang.
Pengerusinya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata isu ini sering dibangkitkan dalam sesi libat urus dan wajar diambil kira sama ada pentakrifan kategori ini masih lagi relevan ataupun tidak.
“Bila kita bercakap pasal B40, adakah kita hanya melihat persoalan kumpulan pendapatan (income bracket)?
"Kalau kita lihat dari segi definisi (B40), ia merangkumi di antara gaji RM4,000 dan ke bawah, manakala RM5,000 ke RM10,000 itu ialah M40.
"Namun begitu, ia tidak menggambarkan realiti sebenar kebolehupayaan mereka untuk berbelanja.
“Contohnya, kalau seseorang itu mempunyai gaji di antara RM5,000 dengan anak lebih daripada tiga orang, sebenarnya mereka ini tergolong dalam kategori B40,” tambahnya lagi.
Katanya lagi, isu ini wajar dilihat dari segi realiti perbelanjaan dan bukannya dari segi konteks pendapatan isi rumah semata-mata.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) hari ini.
Dalam nada sama, beliau turut menegaskan bahawa KEB 2024 bukan hanya memfokuskan isu bumiputera, tetapi turut merangkumi secara keseluruhan perihal rakyat.
“Sebagai contoh, kita bercakap tentang isu pembasmian kemiskinan di bandar, ia tidak hanya melibatkan kaum Melayu semata-mata.
“Mungkin, sebagai contoh, peratusan kemiskinan kaum India berada di skala besar berbanding kaum Melayu. Jadi ini antara contoh yang menunjukkan bahawa fokus KEB ini untuk rakyat keseluruhannya,” katanya lagi.
Simposium KEB 2024 merupakan program pemanas kepada Kongres Ekonomi Bumiputera yang dijadualkan pada akhir bulan ini pada 29 Februari hingga 2 Mac 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Bertemakan "Positif, Progresif, Inovatif", KEB 2024 ialah landasan penting dalam mencari jalan lebih serius bagi memperkasakan ekonomi bumiputera, khususnya dalam aspek teknologi baharu dan pelan futuristik untuk generasi akan datang.
Antara objektif program kongres tersebut ialah merangka hala tuju dan pendekatan baharu bagi memperkasa ekonomi Bumiputera untuk Kluster 1 iaitu Transformasi Pendidikan dan Modal Insan.
Dijangkakan seramai 5,000 peserta termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan akan hadir.
Selain itu, program itu turut terbuka kepada orang ramai di mana pameran dan juga gerai-gerai usahawan akan dibuka.
Pia Ernadya
Sat Feb 24 2024
ASYRAF WAJDI: Isu ini wajar dilihat dari segi realiti perbelanjaan dan bukannya dari segi konteks pendapatan isi rumah semata-mata. -Astro AWANI
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
MARA siasat guru didakwa pedofil
MARA akan membuat siasatan menyeluruh terhadap seorang guru yang didakwa terlibat kes pedofilia ke atas murid di sebuah sekolah berasrama penuh.
Lebih 80 peratus tawaran ke MRSM buat pelajar B40
Pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah atau B40 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2024 adalah melebihi 80 peratus.
Konsep payung perlu dikembalikan - Asyraf Wajdi
Ia bagi membantu usahawan kecil untuk mempunyai kemahiran dalam menguruskan aliran wang tunai dalam perniagaan masing-masing.
PM luang masa tinjau perjalanan KEB 2024
Perdana Menteri meluangkan masa meninjau perjalanan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Pentakrifan kategori pendapatan B40, M40, T20 bukan gambaran realiti - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata isu ini sering dibangkitkan dalam sesi libat urus dan wajar diambil kira sama ada pentakrifan kategori ini masih lagi relevan ataupun tidak.
'Kongres Ekonomi Bumiputera tidak harus dipolemik' - Asyraf Wajdi
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) tidak harus dilihat sebagai salah satu langkah untuk menafikan hak bukan bumiputera.
Jawatankuasa Khas Gubal Undang-Undang Islam diharap perkasa Akta 355
Asyraf berkata, antara cadangan penting ialah untuk menaikkan had hukuman denda maksimum daripada RM5,000 kepada RM100,000.
Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming
Tegas Asyraf Wajdi, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.
25 peratus tawaran MRSM ditolak setiap tahun, kekosongan diisi calon simpanan
Asyraf Wajdi berkata, jumlah itu berdasarkan rekod yang dikenal pasti sebelum ini.
Tak perlu bukan Islam dalam jawatankuasa khas kaji bidang kuasa Mahkamah Syariah - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi menegaskan tiada keperluan untuk pakar bukan Islam dilantik dalam jawatankuasa mengkaji bidang kuasa Mahkamah Syariah.