awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pentingkah kerusi keselamatan kanak-kanak?

Astro Awani
Astro Awani
08/05/2015
04:38 MYT
Pentingkah kerusi keselamatan kanak-kanak?
Pelbagai kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian bayi kecil menjadi perhatian masyarakat Malaysia.
Baru-baru ini kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian bayi 7 bulan di Lebuhraya DUKE menjadi perhatian masyarakat Malaysia.
Sebelum ini Muhammad Anas Nazhan yang berusia 20 bulan maut selepas tercampak luar kenderaan dalam kemalangan pada 21 Februari di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Pada 5 Mei lalu, bayi perempuan sembilan bulan pula menjadi mangsa terbaru dalam nahas pada kilometer 2.2 Lebuhraya PLUS.
Kesemua kecelakaan jalan raya itu dianggarkan terjadi kerana anak-anak kecil ini didukung oleh ibu bapa dan tidak diletakkan dalam kerusi keselamatan kanak-kanak.
Menurut statistik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS), pada tahun 2013 sahaja 59 bayi berusia kurang setahun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami akibat kemalangan jalan raya.
BACA: Kemalangan Duke: Netizen luah rasa berang
BACA: Bayi maut, kereta dipandu bapa terbabas di Lebuhraya PLUS
BACA: Bayi 9 bulan maut tercampak keluar dari MPV dalam kemalangan di Senai
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Professor Dr. Wong Shaw Voon berkata, kerusi keselamatan kanak-kanak dapat meningkatkan peluang mereka untuk terus hidup dalam kemalangan serius.
“Dalam kemalangan yang tidak terlalu teruk, kerusi ini membantu mengurangkan kemungkinan kecederaan pada tulang belakang, jika mengambil kira peringkat awal perkembangan kanak-kanak,” ujarnya kepada akhbar New Straits Times.
Meskipun Malaysia mempunyai undang-undang ketat mengenai pemakaian tali pinggang keselamatan tidak kira bagi pemandu kereta atau penumpang namun tidak ramai yang peka mengenai kepentingan kerusi keselamatan kanak-kanak.
Kongsikan pandangan anda
Topic Berkaitan
#Kemalangan Duke
#kerusi keselamatan kanak-kanak
#Myvi Familia
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan