PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah utara di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian pada jam 5.20 pagi, seorang lelaki berusia 37 tahun menunggang motosikal jenis Honda RS150R telah mengubah haluan dari lorong ketiga ke lorong kedua, sebelum dilanggar sebuah kenderaan MPV.
"Sebuah kenderaan MPV jenis Perodua Alza gagal mengelak dan terus melanggar motosikal terbabit dari arah belakang. Akibat daripada kemalangan itu mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian.
"Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan," jelasnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 12 2022
Keadaan kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah MPV di Lebuhraya NKVE di sini pada Isnin. -Foto Sinar Harian
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Dua beranak maut nahas di Bandar Baharu
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Alphard yang dipandu mangsa memasuki laluan bertentangan dan bergesel dengan lori.
Tiga warga Bangladesh maut akibat nahas jalan raya
Tiga warga Bangladesh maut manakala seorang cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas akibat tayar pecah.
Warga emas maut motosikal hilang kawalan langgar MPV
Keadaan motosikal milik lelaki warga emas yang maut selepas melanggar sisi sebelah kanan MPV) di Jalan Kampung Kelewek, Batu Gajah, Tanah Merah pada Isnin.
Polis sahkan video tular kejar suspek hingga ke Cyberjaya
Menurut polis, insiden kejar-mengejar yang berlaku dari Petaling Jaya sehingga ke Cyberjaya juga melibatkan penahanan suspek.
Polis buru pemandu, penumpang MPV rempuh SJR, palang tol
Polis sedang memburu pemandu dan seorang penumpang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang melanggar beberapa sekatan jalan raya (SJR) sekitar Sepang, dan palang tol Lebuhraya
Empat anggota polis ditahan subahat curi kabel
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda (MPV) itu ditahan pada 19 September lalu.
Penunggang motosikal maut terperosok bawah MPV
Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan di sini pada Khamis.
Tiga dipercayai sekeluarga maut MPV bertembung lori
Seorang lelaki dewasa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua yang lain meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman.
Lelaki pandu kereta klon diberkas polis
Polis peronda lebuh raya kesan MPV Honda Stream dipandu dalam keadaan mencurigakan ketika melakukan rondaan kawasan Gambang, Kuantan, Pahang.
Kehadiran MPV, URB di kawasan kediaman, komersial tingkat keyakinan masyarakat - KPN
Kehadiran elemen rondaan MPV dan URB di kawasan kediaman, komersial dan perindustrian berjaya meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap jaminan keselamatan.