Hamdini Samsuddin, 40, berniaga kek lapis di Pasar Central Sibu untuk menyara isteri dan empat orang anaknya.
Tinggal di rumah teres di Sentosa, kira-kira 3 km dari bandar Sibu, dia membayar cukai taksiran kediaman sebanyak RM180 setahun.
Dengan peningkatan kos sara hidup, katanya langkah kerajaan negeri mengumumkan menurunkan kadar taksiran cukai kediaman baru-baru ini dapat mengurangkan beban tanggungannya.
"Saya amat bersetuju dengan penurunan kadar cukai kediaman sebab keadaan ekonomi sekarang susah. Hendak cari duit pun susah. Kalau kurangkan cukai pintu baguslah. Kalau RM100 lebih bayar satu tahun. Sekarang hanya bayar beberapa puluh sahaja," katanya sambil menambah wang yang dijimatkan itu dapat digunakan untuk membayar bil elektrik atau perbelanjaan rumah yang lain.
Hamdini tergolong dalam kategori pembayar cukai taksiran berjumlah antara RM150.01 hingga RM200 setahun yang menikmati penurunan cukai sebanyak 70 peratus.
Selepas potongan cukai, dia kini hanya perlu membayar cukai pintu sebanyak RM54 setahun.
Khaizul Kamarulzaman, 31, pula menyifatkan pelaksanaan penurunan cukai berkenaan banyak membantu golongan berpendapatan rendah.
"Saya bersyukur sebab ia dapat memberi lebih manfaat kepada semua rakyat. Contohnya di kawasan pedalaman, kebanyakan yang duduk di rumah panjang adalah pembayar cukai taksiran di bawah RM50. Kalau mendapat potongan 100 peratus, ini dapat meringankan beban orang kampung," katanya.
Bagi Diana Anak Unjit, 32, wang daripada potongan cukai yang dapat dijimatkan itu dapat digunakan untuk perbelanjaan lain.
"Sebab sekarang harga barang semua naik, cukai GST (Cukai Brangan dan Perkhidmatan) pun sudah ada. Kini duit yang dijimatkan itu dapat digunakan untuk beli barang lain seperti susu, lampin pakai buang," katanya.
Di bawah pelaksanaan kadar taksiran cukai kediaman baharu yang berkuatkuasa 1 Januari 2016, mereka yang membayar cukai taksiran sebanyak RM50 ringgit ke bawah kini tidak lagi perlu menjelaskan cukai selepas menikmati potongan sepenuhnya.
Manakala, sembilan lagi kategori kadar penilaian kediaman termasuk cukai taksiran tahunan antara RM50.01 hingga RM700 juga menerima potongan cukai dari 10 hingga 90 peratus.
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem pada 15 Mac lalu mengumumkan pemansuhan cukai tanah untuk tanah pertanian dan tanah kediaman di Sarawak berkuatkuasa serta merta.
Langkah penurunan kadar penilaian kediaman itu merupakan antara 50 inisiatif pentadbiran Adenan Satem meringankan beban rakyat.
Ketika ini sedang berlangsung Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11.
Proses mengundi bagi memilih 80 anggota Dewan Undangan Negeri bakal berlangsung 7 Mei ini.
Tan Su Lin
Fri Apr 29 2016
Dengan peningkatan kos sara hidup, langkah menurunkan kadar taksiran cukai kediaman memberikan sedikit kelegaan bagi golongan berpendapatan rendah. - Foto Astro AWANI / Tan Su Lin
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.