KUALA LUMPUR: Peperangan yang banyak berlaku mutakhir ini dilihat seperti sesuatu yang dimahukan Barat dalam usaha mengekalkan hegemoni mereka.
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Bagi Pakar Undang-undang Antarabangsa, Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Mohd Yazid Zul Kepli, keghairahan barat untuk mengekalkan hegemoni mereka telah membuatkan dunia tidak stabil.
"Sebenarnya kuasa Barat mahu mengekalkan hegemoni mereka. Oleh itu, Barat hendak melemahkan mana-mana negara yang boleh melemahkan mereka seperti China dan Rusia.
"Dengan menggunakan kaedah-kaedah seperti peperangan di Ukraine... yang sebenarnya tidak perlu kerana Rusia sudah cukup besar dan tak perlu menjajah Ukraine.
"Tetapi Barat usahakan supaya berlaku peperangan dan mereka boleh membekalkan senjata supaya Rusia menjadi lemah.
"Jadi keghairahan Barat untuk mengekalkan hegemoni itu membawa kepada ketidakstabilan dunia," katanya dalam program Dialog Tiga Penjuru.
Menurut Penyelidik Kanan IRIS Institute, Mohd Asyraf Mohd Farique, ketidakstabilan yang cuba diwujudkan oleh kuasa-kuasa Barat itu pula seolah-olah disokong oleh negara-negara lain seperti Turki yang selama ini mempunyai hubungan dagang dengan Israel yang turut mencetuskan peperangan di Asia Barat.
"Kalau kita lihat dalam polisinya, Erdogan baru sahaja cuba untuk mengehadkan eksportnya ke Israel.
"Selama dalam tempoh perang berlaku, Turki yang dikatakan lantang membantah Netanyahu sebenarnya secara senyap masih lagi meneruskan usaha eksport barang tertentu ke Israel.
"Jadi dalam hal ini, sebenarnya kalau kita lihat, banyak negara sudah diikat kaki dan tangan untuk bertindak dalam ruang strategik yang ada," katanya.
Usaha mengekalkan hegemoni akan diteruskan oleh Barat biarpun ia mendapat tentangan dari rakyat mereka sendiri.
Apa sahaja usaha akan dilakukan bagi memastikan tidak muncul kuasa-kuasa baharu yang boleh menggugat kedudukan Barat, rumusnya.
Astro Awani
Thu Apr 18 2024
Usaha mengekalkan hegemoni akan diteruskan oleh barat biarpun ia mendapat tentangan dari rakyat mereka sendiri. - Gambar hiasan
Guru didakwa denda pelajar berdiri tengah panas disiasat
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan dibuat oleh ibu kepada salah seorang pelajar terbabit.
14 lelaki ditahan dalam operasi khas banteras penyeludupan, rampasan bernilai lebih RM35 juta
Tiga daripada serbuan itu dijalankan serentak pada Isnin lepas (20 Mei) manakala satu lagi serbuan pada Khamis (23 Mei).
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Piala Asia: Malaysia mara ke final, tempah slot ke Piala Dunia 2025
Keputusan itu menyaksikan Malaysia memperoleh lima mata keseluruhan dan menduduki tangga kedua Kumpulan C di belakang Iran.
Perjalanan terakhir : Ebrahim Raisi dikebumi di bandar suci Mashhad
Presiden Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Iran, Mashhad pada Khamis dengan ribuan rakyat mengiringi perjalanan akhir pemimpin kesayangan.
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Helikopter terhempas: Kim Jong Un ucap takziah kepada Iran
Kematian Raisi disifatkan sebagai 'kehilangan besar' kepada Iran.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Siapa Mohammad Mokhber, Naib Presiden Iran?
Menurut Perlembagaan Iran, dalam kes kematian atau ketidakupayaan Presiden, Naib Presiden pertama akan mengambil alih.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Piala Asia: Malaysia tempah slot separuh akhir
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan mara ke separuh akhir Piala Asia 2024 selepas menundukkan Iran 4-2 pada saingan terakhir Kumpulan A di Chonburi, Thailand malam ini.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
EU setuju luaskan sekatan ke atas Iran
Menurut Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell, perkara itu dipersetujui mesyuarat Menteri Luar blok tersebut.