awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Lebih 80 amaran banjir dikeluarkan di UK, hujan lebat dijangka berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perarakan replika bersenjata: Pas tunggu butiran hasil siasatan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/02/2023
23:15 MYT
Perarakan replika bersenjata: Pas tunggu butiran hasil siasatan
Laporan Sinar Harian pada Ahad. Gambar kecil: Ahmad Samsuri
KUALA LUMPUR: Pas masih menunggu butiran hasil siasatan berhubung perarakan membawa replika senjata ketika Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit 2023) baru-baru ini.
Perkara itu dimaklumkan Naib Presidennya, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Menteri Besar Terengganu bersama Persatuan Anak-anak Terengganu di Selangor dan Wilayah Persekutuan (Pesat) yang diadakan di sebuah hotel di sini.
“Jika sekiranya mereka merasakan ada kekurangan dan kelemahan dan sebagainya, tentu mereka akan berkomunikasi dengan penganjur untuk tindakan yang seterusnya.
“Jadi saya rasa kita tunggu secara rasmi maklum balas daripada pihak berkuasa,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Mengulas lanjut katanya, tiada apa yang perlu dibimbangkan berhubung isu sekumpulan Pemuda Pas Terengganu yang membawa senjata palsu dan perisai ketika program berkenaan.
Beliau menyifatkan program membawa replika dan simbolik adalah program biasa yang dibuat sebelum ini dalam pelbagai acara di negara ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#perarakan replika senjata
#PAS
#hasil siasatan
#Ahmad Samsuri Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan