KUALA LUMPUR:Aktiviti pergerakan rentas daerah dan negeri yang dibenarkan sejak 7 Disember lalu menunjukkan peningkatan setiap hari.
Pemantauan Astro AWANI di beberapa laluan utama keluar dan masuk ke ibu negara mendapati berlaku kesesakan terutama pada waktu puncak.
Menurut seorang pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang ditemui, Jamaluddin Jaklan, 55, dia mengambil peluang untuk menziarahi keluarga di Kuala Pilah, Negeri Sembilan selepas hampir beberapa bulan tidak dapat merentas negeri.
"Saya dari Bandar Kinrara (Puchong) nak ke Kuala Pilah, berjumpa dengan kakak. Dah sebulan lebih tidak jumpa, banyak kenderaan betul," ujarnya.
Tambah Jamaluddin, pergerakan rentas negeri yang meningkat itu menunjukkan ramai yang ingin melepaskan kerinduan bertemu keluarga dan sanak saudara, sekali gus boleh menjana ekonomi.
"Saya tidak terlalu risau sebab saya jaga keselamatan diri saya dan keluarga saya. Jadi saya pastikan semua ikut SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.
Sementara itu, bagi seorang eksekutif pemasaran, Mohd Sabeer Mohd Yassin yang dalam perjalanan ke Melaka, berpendapat meskipun dirinya risau dengan peningkatan kes harian COVID-19, namun dia tetap mengambil langkah berjaga-jaga setiap masa.
"Okay, tidak okay juga, banyak juga (bilangan kenderaan) tapi ada tujuan untuk kebaikan, macam saya bawa keluarga bercuti sambil bekerja di Melaka.
"Kena jaga jarak, pakai pelitup muka dan guna sanitasi tangan. Memang risau kes mendadak. Terpaksa cuti kerana anak rasa tension, bukan saya. Saya setiap minggu pergi outstation, anak pula duduk di rumah macam penjara. Tapi kena jaga jarak sosial mereka juga. Kalau tempat ramai orang, kita tidak pergi," katanya lagi.
Nada sama disuarakan peniaga dari Rawang, Selangor, Khamis Md Som. Meskipun kali pertama merentas negeri ke Nilai, Negeri Sembilan selepas dibenarkan, namun tegasnya, disiplin diri amat penting untuk memastikan tidak menjadi mangsa wabak COVID-19.
"Risau, memang kita risau masalah ini. Kita tidak boleh ambil mudah bahawa diri kita bebas COVID-19. Penyakit ini tidak nampak, kita kena berhati hati. Kerajaan kata jaga jarak, jadi kita kena disiplin diri kita, cuci tangan semua itu, kan.
"Kawal diri ini mustahak, setiap orang mesti mendisiplinkan diri, kita dah masuk dalam era baharu," ujarnya.
Untuk rekod, PLUS Malaysia Berhad dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan peningkatan bilangan kenderan menggunakan Lebuhraya PLUS antara 40 hingga 50 peratus daripada satu juta kenderaan setiap hari.
Peningkatan ini disebabkan rata-rata pengguna mengambil peluang merentas negeri sempena Hari Keputeraaan Sultan Selangor pada Jumaat, perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2021.
Fareez Azman
Sat Dec 12 2020
Pergerakan rentas negeri meningkat selepas dibenarkan pada 7 Disember lalu. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.