KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memperkenalkan pas langganan OKU Smile khusus untuk komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) menikmati tambang percuma bermula Februari ini.
Prasarana dalam kenyataan hari ini berkata pengaktifan dan langganan pas OKU Smile akan bermula esok bagi semua pemegang kad konsesi OKU Prasarana sedia ada dan pemohon baharu.
"Prasarana juga akan mengadakan siri jelajah ke beberapa persatuan OKU bagi memberi penerangan berkaitan produk ini. Kaunter pendaftaran bergerak juga akan dibuka untuk memudahkan golongan ini memohon kad OKU Prasarana sepanjang siri jelajah tersebut," menurut kenyataan itu.
Pengenalan inisiatif tersebut susulan pengumuman Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada 21 Dis lepas mengenai insentif tambang percuma untuk komuniti OKU bagi semua perkhidmatan rel dan bas kendalian agensi itu.
Maklumat berkaitan pas OKU Smile boleh didapati di laman sesawang www.myrapid.com.my atau di platform media sosial Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan.
Pengguna juga boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL 03-78852585; Rapid Penang 04-255 8000 atau Rapid Kuantan 09-5663686/019-3858607 bagi sebarang pertanyaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024
Prasarana berkata pengaktifan dan langganan pas OKU Smile akan bermula esok bagi semua pemegang kad konsesi OKU Prasarana sedia ada dan pemohon baharu. - Gambar fail/Bernama
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
Jerebu akibat pembakaran terbuka di Sabah semakin membimbangkan - Bomba
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka di negeri ini semakin membimbangkan walaupun bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini kebanyakannya pada tahap sihat.
Perjanjian bersama JS-SEZ akan dimeterai pada akhir tahun ini
Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) antara Malaysia dan Singapura dijangka ditandatangani pada akhir tahun ini, menurut Kementerian Ekonomi.
3.6 juta penduduk telah mendaftar PADU
Seramai 3,683,944 warganegara dan penduduk tetap di Malaysia telah mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat 21 Feb lepas.
Shah Firdaus, Izzah Izzati rangkul gangsa acara pecut ACC di India
Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mempamer aksi memberangsangkan selepas masing-msing meraih pingat gangsa dalam acara pecut pada ACC 2024 di New Delhi, India hari ini.
Teknologi terkini, media sosial lancarkan Pemilu 2024 di Sabah
Penggunaan teknologi terutama melibatkan teknologi maklumat dan media sosial memainkan penting dalam melancarkan proses Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 untuk warga Indonesia di Sabah.
KLIFAA 2024 jangka tarik hingga 4,000 penyertaan penggiat industri perfileman
Anugerah Akademi Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFAA) 2024 dijangka menarik hingga 4,000 penyertaan dalam kalangan penggiat industri perfileman di seluruh dunia.
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang penghantar makanan terpaksa berputih mata apabila kerugian RM82,000 selepas ditipu skim pelaburan tidak wujud.
Laman sesawang parlimentambun.my mudahkan rakyat mohon bantuan
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun memperkenalkan portal parlimentambun.my selaras usaha mempertingkatkan perkhidmatan membantu rakyat Tambun dan melancarkan proses penyampaian bantuan.
Perjalanan percuma untuk pemegang pas OKU Smile bermula Februari
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memperkenalkan pas langganan OKU Smile khusus untuk komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) menikmati tambang percuma bermula Februari ini.