MELAKA: Seorang penghantar makanan terpaksa berputih mata apabila kerugian RM82,000 selepas ditipu skim pelaburan tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata pemuda berusia 25 tahun itu tertarik dengan skim pelaburan tersebut selepas melihat iklan menerusi kumpulan Telegram Sahabat Invest Master Bina yang kononnya membuat pelaburan pertukaran mata wang asing pada 19 Jan lepas.
"Scammer menjanjikan hasil pelaburan yang tinggi iaitu melabur RM300 akan mendapat keuntungan RM5,000 dengan hasil pelaburan juga bergantung (kepada) berapa modal yang dibayar, serta hasil keuntungan pelaburan akan dibahagikan di antara pelabur dengan pihak syarikat iaitu pelabur 60 peratus dan syarikat 40 peratus.
"Pelabur juga dijanjikan akan mendapat keuntungan dalam masa tiga hingga enam jam," katanya dalam kenyataan malam ini.
Tertarik dengan pulangan diberikan, Ahmad Jamil berkata mangsa kemudiannya melabur sebanyak RM20,000 pada kali pertama diikuti sembilan lagi transaksi ke dalam enam pemilik akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM82,000 hasil simpanan sendiri dan bapanya.
Beliau berkata bagi mendapatkan wang hasil pelaburan tersebut, mangsa diminta melakukan transaksi namun penghantar makanan tersebut membuat laporan polis pada 8 malam semalam selepas berasa diperdayakan.
Justeru, Ahmad Jamil menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya dengan mana-mana iklan pelaburan tidak sah dan mereka boleh membuat semakan menerusi laman sesawang ccid.rmp.gov.my/semakmule.
"Masyarakat juga boleh membuat semakan menerusi aplikasi WhatsApp CCID Infoline di talian 013-2111222, Facebook Rasmi JSJK, talian Pusat Respons Scam Kebangsaan (997) dan aplikasi Whoscall dan Truecall yang boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
Ahmad Jamil berkata pemuda berusia 25 tahun itu tertarik dengan skim pelaburan tersebut selepas melihat iklan menerusi kumpulan Telegram Sahabat Invest Master Bina yang kononnya membuat pelaburan pertukaran mata wang asing. - Gambar hiasan/PDRM
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Pengurus syarikat berputih mata rugi lebih RM500,000
Lelaki berusia 58 tahun itu pada mulanya telah mengenali seorang wanita yang menggunakan nama samaran, Amy di aplikasi WeChat.
Bekas remisier didakwa tipu pelabur, terlibat dalam aktiviti pasaran modal tidak berlesen
SC mendakwa seorang bekas remisier, Peter Chuah Hock Heng atas tuduhan menipu pelabur dan terlibat dalam aktiviti pasaran modal tidak berlesen.
Pengarah syarikat rugi lebih RM11 juta diperdaya skim pelaburan mata wang kripto
Seorang pengarah syarikat kerugian RM11,130,123 selepas terpedaya dengan skim pelaburan mata wang kripto 'ACCERX' yang diiklankan di laman Facebook pada September lepas.
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang penghantar makanan terpaksa berputih mata apabila kerugian RM82,000 selepas ditipu skim pelaburan tidak wujud.
Terperdaya skim pelaburan tidak wujud, bekas pengarah syarikat rugi lebih RM380,000
Wanita berusia 63 tahun membuat laporan polis pada Jumaat apabila menyedari dirinya telah diperdaya satu skim sindiket penipuan pelaburan.
Orang ramai diminta berwaspada, BNM tidak promosikan skim pelaburan
Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan video, hantaran atau mesej yang menyalahgunakan nama, logo atau nama pegawai kanannya.
Polis terima lebih 500 laporan berhubung kes penipuan tiga syarikat pelaburan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 547 laporan berhubung kes penipuan oleh tiga syarikat pelaburan dan sebanyak 62 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sebanyak 80 mangsa penipuan skim pelaburan gesa polis ambil tindakan segera
Kesemua mangsa telah membuat laporan polis sejak Mac lepas hingga bulan ini, namun masih belum ada sebarang tindakan.
Kerani wanita rugi RM585,700 terpedaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani wanita "berputih mata" apabila menanggung kerugian sebanyak RM585,700 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Polis gesa individu sertai pelaburan XFox Mix Biz tampil buat laporan
JSJK Bukit Aman menerima laporan daripada seorang individu yang mendakwa nama dan logo syarikatnya digunakan bagi mempromosi skim itu.