Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev dan keluarganya untuk mengguna pakai keputusan sabitan jenayah di Mahkamah Persekutuan berhubung kes pembunuhan model Mongolia itu dalam saman sivil RM100 juta keluarga itu.
Ketika ditemui media selepas prosiding kes itu, peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Shaariibuu memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu dalam kamarnya atas alasan terikat dengan Seksyen 43 Akta Keterangan 1950 yang menyatakan bahawa perkara jenayah tidak boleh dibawa dalam perbicaraan sivil.
"Seksyen 43 Akta Keterangan melarang dan menghalang penggunaan sabitan jenayah dalam kes sivil," katanya selepas menghadiri pengurusan kes itu di sini hari ini.
Sangeet Kaur berkata beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu minggu ini dan perbicaraan kes saman itu ditetapkan Januari depan.
Beliau juga berkata sudah tiba masanya Jabatan Peguam Negara untuk membuat pertimbangan sewajarnya untuk meminda Seksyen 43 Akta Keterangan seperti mana yang telah dilakukan di negara-negara maju seperti United Kingdom.
Pada Julai lepas, Shaariibuu melalui peguamnya memfailkan permohonan supaya keputusan berkaitan kesalahan jenayah di Mahkamah Persekutuan berhubung pembunuhan anaknya Altantuya diguna pakai dalam saman sivil RM100 juta keluarga itu.
Pada 4 Jun 2007, Shaariibuu dan ibu Altantuya, Altantsetseg Sanjaa serta dua cucu lelakinya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan saman terhadap dua bekas polis daripada Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri, dan Sirul Azhar Umar serta penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda dan Kerajaan Malaysia.
Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar dalam pembunuhan Altantuya, 28, pada 2006. Beliau dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Oktober 2008 di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil membela diri sementara Azilah dan Sirul Azhar disabitkan kesalahan pada 2009.
Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.
Bagaimanapun, pada 13 Jan 2015, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.
Dalam pernyataan tuntutan, keluarga Altantuya mendakwa kematian wanita itu mengakibatkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi yang melayakkan mereka dibayar pampasan serta ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk.
--BERNAMA
Bernama
Mon Oct 01 2018
Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar dalam pembunuhan Altantuya (gambar fail) pada 2006.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Permohonan keluarga Altantuya guna penghakiman Mahkamah Persekutuan ditolak
Sangeet Kaur berkata beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu minggu ini dan perbicaraan kes saman itu ditetapkan Januari depan.
Peguam akan dapatkan arahan lanjut daripada keluarga Altantuya
Peguam Ramkarpal Singh Deo akan menulis surat kepada bapa Altantuya Shaariibuu bagi mendapatkan arahan lanjut berhubung saman yang difailkan keluarga wanita itu akibat kematiannya.