KUALA LUMPUR: Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2024/2025 ke program asasi, sijil, diploma dan Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline akan dibuka bermula hari ini hingga 29 Mac ini bagi permohonan Fasa Pertama dan dari 29 April hingga 9 Jun depan bagi Fasa Kedua.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan semalam memaklumkan permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 105 Kolej Komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).
Menurut KPT, permohonan terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan Fasa Pertama manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau ujian, dibuka bagi permohonan Fasa Kedua.
"Semua calon yang berkelayakan dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian ke peringkat pendidikan tinggi.
Sebanyak 503 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,111 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan STPM/Setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA seluruh negara," katanya.
Dalam kenyataan sama KPT berkata, pembelian Nombor Pin UPUOnline boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 mesin pengeluaran wang automatik (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN.
"BSN akan mengeluarkan Nombor Pin berserta salinan resit pembayaran. Pemohon juga diminta untuk memastikan slip pembayaran disimpan untuk rujukan sebagai bukti sah pembelian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
KPT berkata, pembelian Nombor Pin UPUOnline boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 ATM BSN dan Perbankan Internet myBSN.
Paris 2024: Beasley elak latihan berlebihan
Kebanyakan atlet ketika ini meningkatkan rejim latihan mereka menjelang Sukan Olimpik paris 2024 namun ia berbeza buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Spesies monyet 'menghadapi kepupusan' ditemui di Jemoreng
Spesies monyet tersebut sebelum ini hanya ditemui di Taman Negara Maludam.
Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.
Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.
Hubungan utuh Malaysia-Singapura beri manfaat besar kepada ASEAN
Dengan kerjasama bersama Anwar, Singapura boleh tarik firma teknologi global ke rantau ini susulan perang perdagangan dan cip antara AS-China.
Enam cedera, tiga parah nahas empat kenderaan
Kesemua yang cedera di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Keluarga Faisal Halim kuat semangat - Adam Adli
Timbalan Menteri KBS, Adam Adli berkata, keluarga Faisal Halim berada dalam keadaan baik selain beliau turut dimaklumkan Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih.
Belia perlu ada integriti, harga diri dan maruah yang kuat - Adam Adli
Golongan belia perlu memiliki integriti, harga diri dan maruah yang kuat untuk muncul sebagai sebuah bangsa tidak kalah, tahan cabaran dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Pemandu lori ditahan seleweng 1,800 liter diesel
Pemandu lori kanvas yang membawa muatan minyak diesel disyaki tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran daripada KPDN.
Permohonan UPUOnline dibuka bermula hari ini
Permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 105 Kolej Komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam.
KPT adakan program khas TVET menerusi UPU
Ia antara usaha memperkasa, sekali gus mempromosi TVET kepada pemohon UPU bagi menarik mereka memilih bidang tersebut di universiti.
Tempat terhad, saingan sengit antara sebab calon gagal diterima universiti awam - Husaini
Dari keseluruhan 115,477 calon yang memohon memasuki universiti awam, hanya 90,745 calon yang layak serta melepasi syarat am.
Yayasan Sarawak buka peluang alternatif kepada UPU - Abang Johari
Yayasan Sarawak memberikan peluang alternatif buat anak negeri itu melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.
Laman web UPUOnline ada masalah, tidak boleh diakses?
Ramai yang teruja namun perasaan itu terbantut seketika apabila ramai mendakwa laman web UPUOnline menghadapi masalah.
Lepasan SPM 2020 boleh kemas kini di UPUOnline mulai 15 Jun
Pemohon boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian berdasarkan keputusan SPM 2020 kecuali program pengajian yang telah dipanggil temu duga, ujian atau kedua-duanya.
KPT tanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline - Menteri
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.
Keputusan permohonan UPU keluar Rabu ini - KPT
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh mula menyemak keputusan permohonan bagi kemasukan ke program pengajian asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda bermula Rabu ini (3 Jun).
AS tarik diri daripada UPU: Gobind enggan ulas, tunggu keputusan Kongres Khas
Menteri KKMM, Gobind Singh Deo enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana kongres tersebut masih sedang berlangsung dan hanya akan berakhir pada Khamis ini (26 September).