awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pemandu, penumpang bas ekspres, persiaran wajib pakai tali pinggang keledar mulai 1 Julai
MALAYSIA
Hospital Pasir Gudang beroperasi secara berfasa mulai 1 Ogos
MALAYSIA
Selepas tiga tahun dihentikan, feri ekspres Labuan-Kota Kinabalu kembali terima sambutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pernah tular gemar kumpul sampah, pesara didakwa kembali tabiat asal

Aida Aziz
Aida Aziz
29/06/2025
01:45 MYT
Sponsor Banner
Pernah tular gemar kumpul sampah, pesara didakwa kembali tabiat asal
Sebuah rumah di Taman Bersatu, Simpang Pulai, didakwa kembali dipenuhi sampah sarap walaupun pernah dibersihkan MBI. Penduduk sekitar rayu pihak berwajib membantu bagi mengelakkan ancaman keselamatan di kemudian hari. - Foto pembaca
IPOH: Rumah seorang pesara kerajaan yang pernah tular lima tahun lalu kerana gemar mengumpul sampah di pekarangan rumahnya dekat Taman Bersatu, Simpang Pulai, di sini, didakwa kembali dipenuhi sampah sarap.
Difahamkan, rumah di alamat Persiaran Sengat Baru 11 ini dihuni seorang wanita warga emas yang gemar mengumpul sampah serta barang kitar semula sehingga berisiko menjadi tempat haiwan berbisa serta menimbulkan isu kesihatan.
Menurut salah seorang pengadu yang mahu dikenali sebagai Roslan, rumah berkenaan pernah dibersihkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebelum ini dan kejadian serupa dikatakan sudah beberapa kali berulang walaupun media pernah melaporkan warga emas itu tidak mengalami masalah mental.
"Keadaan rumah tersebut terlalu penuh dengan sampah. Dan ini menjadi tanda tanya, apa tujuan warga emas ini mengumpulnya? Adakah untuk dijual atau sekadar hanya disimpan di rumah?
"Beberapa kali pihak MBI bersihkan sampah di rumah itu, namun pemilik rumah berkenaan masih kekal dengan tabiat mengumpul sampah-sarap," katanya ketika dihubungi.
Justeru, dia merayu supaya pihak berwajib untuk segera menyelesaikan masalah itu bagi mengelakkan sebarang ancaman yang boleh mencetuskan kebakaran, termasuk menjadi tempat haiwan berbisa seperti ular, nyamuk serta tikus.
Pada tahun 2020, media melaporkan kira-kira satu tan sampah sarap dikeluarkan dari rumah yang didiami seorang pesara guru di Taman Bersatu, Simpang Pulai.
Selain itu, dilaporkan kerajaan negeri juga akan membantu wanita yang tinggal di rumah teres dua tingkat itu untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling.
Didapati wanita tersebut yang tinggal bersendirian, gemar mengutip sampah bagi tujuan kitar semula.
Topic Berkaitan
#sampah
#Majlis Bandaraya Ipoh
#barang kitar semula
#pesara kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami