SHAH ALAM: Persempadanan kawasan antara Selangor dan Kuala Lumpur akan dimuktamadkan pada 2025, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata penetapan persempadanan tersebut penting kerana ia akan membabitkan kutipan serta pembayaran cukai, penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan penyelenggaran utiliti antara kedua-dua negeri berkenaan.
Bagaimanapun, Amirudin memaklumkan penetapan persempadanan kawasan yang jelas adalah rumit kerana melibatkan premis dan kawasan yang telah tepu bina berbanding kawasan hutan serta pertanian seperti yang pernah ditandatangani kerajaan Selangor bersama Pahang dan Negeri Sembilan sebelum ini.
“Sekarang ini (ada kawasan) yang telah bercantum di antara kedua-duanya (Selangor dan Kuala Lumpur). Kalau kita lihat Cheras, ada yang menanyakan Cheras mana sama ada Kuala Lumpur atau Kajang (Selangor) dan orang keliru. Jadi lebih baik persempadanan dibuat bagi menyelesaikan kepentingan antara kedua-dua negeri.
"Setakat ini, sebanyak 19 lokaliti telah dibincangkan dalam persempadanan berkenaan termasuk Gombak, Ampang dan Hulu Langat. Namun, mungkin ada dua atau tiga lagi lokaliti," katanya dalam sidang media di lobi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.
Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa dan turut dihadiri wakil agensi negeri masing-masing yang membincangkan mengenai persempadanan kedua-dua negeri itu.
Amirudin berkata persempadanan kedua-dua negeri itu akan menjadikan perjanjian lama seperti Perjanjian Penyerahan Kuala Lumpur dan Putrajaya kepada kerajaan Persekutuan dan beberapa perjanjian lain sebagai panduan.
"Dulu tiada ukur tentu halus tetapi sekarang ini perlu ditetapkan sebetulnya supaya sah dan tepat. Insya-Allah, kedaulatan setiap tapak dan inci bagi tanah di kedua tempat ini akan dipelihara.
"Sebelum ini, kita telah tandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) berhubung persempadanan ini. Sebelum MoU ketiga ditandatangani, kita akan bawa (isu persempadanan) kepada Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) dan dipersembahkan kepada Sultan Selangor bagi pihak negeri," katanya yang menambah persempadanan itu tidak mempunyai kaitan dengan kawasan pilihan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bercakap pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
Persempadanan Selangor, Kuala Lumpur dimuktamad 2025 - Amirudin
Persempadanan kawasan antara Selangor dan Kuala Lumpur akan dimuktamadkan pada 2025, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Perlu sistem 'safeguard' elak manipulasi politik, persempadanan tidak adil - Pengasas Undi18
Tanpa mengira kerajaan mana yang memerintah, satu sistem safeguard perlu dilaksanakan bagi mengelakkan manipulasi persempadanan.
Campur tangan politik: Asingkan skop tugas dan agihan kuasa - Penganalisis
Selagi ia tidak dilaksanakan, selama itulah kemelut pertikaian antara kuasa politik dan tugas ketua jabatan dilantik, dengan jabatan, akan menghadapi dilema sama tanpa kesudahan.
Taman Rimba Kiara masih dibuka kepada orang ramai - Annuar Musa
Tindakan diambil oleh pemilik tanah iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menandakan sempadan perundangan.
Indonesia tukar ibu negara ke Kalimantan: Perlu keperluan pembangunan jalan sempadan
Pengumuman kerajaan Indonesia menukarkan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan Timur merupakan khabar gembira kepada warga Sarawak namun beberapa perkara harus diteliti sedalamnya.
SPR selesai siasatan tempatan syor kajian semula persempadanan
Sebanyak 116 representasi bantahan yang layak telah dijemput hadir bagi mendengar dengan lebih lanjut bantahan mereka pada sesi siasatan yang diadakan pada 27 Dis hingga 9 Jan lepas itu.
Pakatan Harapan P. Pinang mesyuarat bantah cadangan persempadanan SPR
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata mesyuarat itu akan dihadiri kesemua pemimpin Pakatan Harapan supaya satu pendirian bersama dapat dicapai.
Najib bentang persempadanan semula bahagian pilihan raya Sarawak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengemukakan usul persempadanan semula kerusi pilhan raya Sarawak di Dewan Rakyat, hari ini.
Dewan Rakyat: Usul persempadanan semula Sarawak tersenarai dalam aturan mesyuarat
Usul persempadanan semula kerusi pilhan raya Sarawak tersenarai dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat, hari ini.
SPR teruskan proses persempadanan semula
Tan Sri Abdul Aziz berkata, SPR akan meneruskan proses berkenaan sebagaimana diperuntukkan dalam perlembagaan.