awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persidangan DUN P. Pinang diteruskan, jumlah kehadiran dihadkan

Bernama
Bernama
09/10/2020
09:47 MYT
Persidangan DUN P. Pinang diteruskan, jumlah kehadiran dihadkan
Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan diadakan di bangunan Dewan Sri Pinang kerana bangunan Dewan Undangan Negeri di Jalan Light masih di bawah kerja-kerja pemulihan.
GEORGE TOWN:Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (DUN) akan diteruskan namun jumlah kehadiran termasuk ketua-ketua jabatan akan dihadkan berikutan penularan pandemik COVID-19.
Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), persidangan kali ini akan dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard Am Pelaksanaan Majlis yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Beliau berkata, persidangan itu akan dilaksana dengan langkah-langkah pencegahan penularan pandemik COVID-19 seperti yang telah dinasihatkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
"Prosedur disinfeksi pada permukaan dan tempat kritikal akan dilakukan sebelum persidangan, saringan serta pemeriksaan suhu badan akan dilakukan kepada semua yang hadir dan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter akan dilaksanakan," menurutnya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Law berkata, susunan kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri semasa persidangan juga akan dijarakkan dengan tambahan penghadang lut sinar bagi setiap tempat duduk.
Katanya, pihak media tidak digalakkan hadir untuk membuat liputan sebaliknya dinasihati mengikuti persidangan itu yang bersiaran secara langsung di laman sesawang rasmi DUN.
Persidangan dewan, yang dijadualkan bermula pada Isnin depan hingga 19 Oktober itu, akan diadakan di bangunan Dewan Sri Pinang kerana bangunan Dewan Undangan Negeri di Jalan Light masih di bawah kerja-kerja pemulihan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
#DUN
#persidangan
#ADUN
#Dewan Sri Penang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan