awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertingkat hubungan Kerajaan Pusat-Negeri mampu pacu pembangunan Sarawak

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
26/02/2022
13:45 MYT
Pertingkat hubungan Kerajaan Pusat-Negeri mampu pacu pembangunan Sarawak
Abang Johari Tun Openg yang meletakkan harapan besar kolaborasi kedua-dua kerajaan itu akan terus memacu pembangunan Sarawak khususnya. - Foto Japen Sarawak
KUCHING: Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu terus dipertingkatkan agar tiada mana-mana wilayah di Malaysia tertinggal dalam aspek pembangunan.
Demikian kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang meletakkan harapan besar kolaborasi kedua-dua kerajaan itu akan terus memacu pembangunan Sarawak khususnya.
“Usaha harus dilakukan agar kestabilan yang berkekalan terus wujud di seluruh negara supaya tumpuan dapat diberikan untuk membangunkan negara ini untuk menjadi negara yang maju,” katanya semasa berucap di Majlis Pelancaran Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 di Tebingan Kuching pada Sabtu.
Dalam pada itu, selaku tuan rumah acara Citrawarna, Abang Johari percaya Kuching mempunyai kekuatan tersendiri sejajar dengan objektif untuk mempromosikan dan perpaduan dalam kepelbagaian masyarakat negara ini kepada dunia luar.
“Sarawak ini hampir sama besar dengan tanah Semenanjung yang terdiri daripada 12 bahagian pentadbiran. Bahagian Kapit contohnya, hampir sama besar dengan Pahang. Dengan kawasan yang luas sudah pasti Sarawak diwarnai dengan pelbagai keunikan masyarakat dan alam sekililingnya,” tambahnya.
Jelas Abang Johari, Sarawak dengan sendirinya bersifat Citrawarna dari aspek budaya, bahasa dan dialek, bangsa dan keturunan, kepelbagaian makanan serta flora dan faunanya.
Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan pengunjung dari luar Sarawak khususnya pelancong domestik untuk datang sekali gus melihat dan merasai sendiri keunikan Sarawak.
Acara Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 julung kalinya diadakan di Sarawak berlangsung selama empat hari sehingga esok melibatkan pelbagai pameran kebudayaan dari seluruh negara.
Turut menjadi kemuncak acara adalah Konsert Sape malam esok yang akan mempersembahkan sejumlah 250 pemain sape iaitu jumlah yang paling ramai melakukan persembahan secara serentak untuk memecah rekod negara ‘Malaysia Book of Records’.
Topic Berkaitan
#Hubungan Pusat Negeri
#Abang Johari Tun Openg
#Pembangunan Malaysia
#pembangunan Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan