KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yakin ada sinar menanti buat skuad lebuh raya negara berhubung peruntukan RM1.5 juta yang ditarik oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 2013.
Pengerusi Jawatankuasa Berbasikal Lebuh Raya PKBM Norazman Abu Samah berkata perkara itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama badan induk sukan berkenaan, baru-baru ini.
"Jadi bila kami bentangkan dalam mesyuarat itu, Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Arrifin Mohd Ghani memberi satu respons positif untuk membantu walaupun tak sepenuhnya, secara berfasa. Kita juga diminta untuk menulis surat kepada KBS berhubung perkara itu.
"Insya-Allah kita akan jumpa menteri sendiri nanti... saya akan cuba tuntutlah, macam saya kata sebelum ini basikal lebuh raya adalah berbeza daripada acara trek, basikal bukit (MTB) mahupun gaya bebas yang berada di bawah persatuan sendiri," katanya ketika dihubungi Bernama.
PKBM pernah menerima peruntukan RM1.5 juta setahun untuk pasukan lebuh raya, namun ia diberhentikan selepas pulang dengan tangan kosong pada Sukan SEA 2011 di Indonesia.
Sebelum ini, Norazman berharap agar kejayaan skuad lebuh raya wanita menempah slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 dapat meyakinkan KBS untuk kembali memberikan peruntukan buat pasukan itu.
Ini berikutan Nur Aisyah Mohamad Zubir, 26, disahkan ke Sukan Olimpik selepas mendapat makluman daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bahawa Malaysia mendapat satu slot sebagai wakil Asia ke acara lebuh raya wanita berdasarkan ranking.
Kali terakhir skuad berbasikal lebuh raya kebangsaan mempunyai wakil di pentas Olimpik adalah pada edisi 2012 di London menerusi dua pelumba lelaki negara - Muhammad Adiq Hussainie Othman dan Amir Mustafa.
Norazman berkata PKBM pada masa sama sedang merangka beberapa persiapan buat Nur Aisyah sebagai bekalan untuk ke Paris.
"Beliau akan mula berkayuh pada Jelajah Vietnam dan Jelajah Thailand, namun sekiranya tiada, kami turut merancang buat beliau menyertai latihan pusat di Thailand dari Mei hingga Julai depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 24 2023
Menurut Norazman, perkara berkaitan peruntukan itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama badan induk sukan berkenaan, baru-baru ini. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Komitmen kerjasama Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KDN FC terima tajaan daripada syarikat Jepun
KDN FC menerima tajaan bernilai RM200,000 daripada ROHM Electronics Sdn Bhd bagi menghadapi saingan Liga Super 2024/2025.
Semikonduktor: Pembangunan bakat profesional, penuhi aspirasi global
Profesor Madya Dr Ridzwan Che Rus, Pensyarah Kanan di Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengulas berkenaan usaha pembangunan bakat profesional dalam bidang semikonduktor.
Mata wang kripto: Instrumen patuh syariah?
Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan & Ekonomi UPM, Dr Taha Mohd Omar mengulas berkenaan instrumen kewangan mata wang kripto dari sudut pandang syariah.
IHPR meningkat, apa kesan kepada harga barang?
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff
Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS) mengulas berkenaan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar yang terus meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun pada April 2024.
Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS) mengulas berkenaan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar yang terus meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun pada April 2024.
[Data & Statistik] Indeks Harga Pengeluar Malaysia, April 2024
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, terus meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun (y-o-y) pada April 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Pada Mac 2024, IHPR meningkat 1.6 peratus tahun ke tahun, tambahnya.
Pada Mac 2024, IHPR meningkat 1.6 peratus tahun ke tahun, tambahnya.
Pesawat tentera AS terhempas
Pihak berkuasa mengesahkan juruterbang merupakan satu-satunya penumpang pesawat tersebut.
AWANI Pagi: Cabaran masa depan kewartawanan, mendepani AI
Seiring perubahan teknologi, aspek Kecerdasan Buatan (AI), antara elemen yang wujud dalam bidang kewartawanan. Diskusi 8.30 pagi bersama Bekas Dekan Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), untuk meneliti bagaimana wartawan mengadaptasi elemen baharu ini dalam tugas seharian mereka.
Imigresen Sabah hantar pulang 232 pendatang tanpa izin
Ia membabitkan 123 lelaki, 72 wanita dan 37 kanak-kanak berumur antara dua bulan hingga 69 tahun.
Tular video Ronaldo sebut Bismillah sebelum ambil sepakan percuma
Ronaldo meledak dua gol dalam perlawanan terakhir Liga Pro Saudi itu ketika membantu pasukannya menewaskan Al Ittihad 4-2.
Peruntukan RM1.5 juta: PKBM yakin ada sinar menanti skuad lebuh raya
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia yakin ada sinar menanti buat skuad lebuh raya negara berhubung peruntukan RM1.5 juta yang ditarik oleh KBS pada 2013.
Mazlan pangku jawatan presiden PKBM sehingga tempoh penggal 2026
Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Mazlan Md Jail dipilih memangku jawatan presiden badan induk sukan itu.
Pemergian Abu Samah khabar duka buat arena berbasikal negara, antarabangsa
Abu Samah amat berdedikasi dan telah memberikan segalanya selama 40 tahun demi pembangunan sukan berbasikal di dalam negara dan global.
Presiden PKBM meninggal dunia
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab meninggal dunia di Hospital Mahkota Melaka, 7 malam tadi.
'Saya bawa suara presiden'
Datuk Amarjit Singh Gill membawa maruah negara apabila beliau menghadiri mesyuarat Eksekutif Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) di Glasgow pada Isnin.
PKBM sambut baik kesediaan Mamat bantu skuad trek
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyambut baik hasrat pelumba lebuh raya, Mohd Harrif Saleh yang bersedia untuk membantu memperkuat skuad trek jika khidmatnya diperlukan.
Bekas Timbalan Presiden PKBM Naim Mohamad meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia di Hospital UITM Puncak Alam dan perkhabaran itu dimaklumkan oleh anaknya, Athirah Naim dalam satu hantaran di laman Facebook.
Azizulhasni pejuang sejati
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia gesa semua pihak terus sokong The Pocket Rocketman.
Khairy menang jawatan Naib Presiden PKBM
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memenangi jawatan Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia bagi penggal 2023-2026.
Abu Samah kekal Presiden PKBM, KJ rebut jawatan Naib Presiden
Datuk Abu Samah Abd Wahab terus diberikan kepercayaan untuk menerajui pucuk kepimpinan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bagi tempoh 2023 hingga 2026.