JEMPOL: Peruntukan sebanyak RM100,000 disediakan bagi membaik pulih Pusat Ekonomi Digital (PEDi) FELDA Palong 11 dekat sini, yang mengalami kerosakan teruk susulan ribut pada 25 Jun lalu.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata daripada jumlah itu, kementeriannya memperuntukkan RM50,000, manakala bakinya disumbang oleh Ahli Parlimen Jempol.
Beliau berkata bagi memastikan aktiviti perniagaan dan pembelajaran secara dalam talian penduduk FELDA Palong 11 diteruskan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah memulakan pengoperasian pusat internet sementara, yang terletak berhampiran dengan PEDi berkenaan seawal lima hari selepas berlakunya bencana itu.
"Pusat ekonomi digital memainkan peranan penting sebagai pemangkin ekonomi penduduk setempat, kita tidak mahu aktiviti yang berjalan di sini tergendala.
"Alhamdulillah, lima hari daripada hari kejadian, satu lokasi sementara telah diaktifkan, ia menjadi pusat ekonomi digital sementara," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di PEDi berkenaan, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Mastura Ahmad Mustafa, Timbalan Ketua Setiausaha Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital KKD MA. Sivanesan.
Fahmi berkata semasa kejadian berlaku, pengurus, penolong pengurus dan rakan PEDi sedang menjalankan kelas latihan kemahiran kepada 15 individu.
Beliau berkata bencana ribut itu, menyebabkan kerosakan struktur bangunan serta mengakibatkan dua mangsa iaitu wanita dewasa (Rakan PEDi) dan kanak-kanak (anak kepada Rakan PEDi), mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Klinik Kesihatan Palong 9, untuk menjalani pemeriksaan perubatan.
"Bangunan ini diuruskan dan dimiliki oleh FELDA, saya akan berhubung dengan Pengerusi FELDA untuk melihat apa yang boleh dilakukan, agar ia dapat dipulihkan dalam kadar segera," katanya.
Beliau berkata tempoh membaik pulih bangunan itu, mengambil masa sekitar lima hingga enam bulan.
Akibat kejadian itu, PEDi kendalian Telekom Malaysia (TM) itu mengalami kerosakan struktur bangunan, atap, siling, lantai serta kelengkapan perkakasan dan perisian di dalam bangunan.
Sementara itu mangsa kejadian Nursyamimi Abd Razak, 32, berkata ketika kejadian ribut itu, serpihan bumbung telah terjatuh di atas kepalanya ketika dia sedang melindungi anak perempuannya Nur Inara Rusyda Ahmad Soffian, 4.
"Ketika itu saya sedang mengajar latihan kemahiran kepada beberapa penduduk di sini, waktu itu hujan lebat, anak saya menjadi trauma akibat kejadian itu," katanya.
Nursyamimi turut berterima kasih kepada MCMC yang mengambil tindakan cepat menyediakan pusat internet sementara bagi kemudahan 1,157 ahli PEDi di situ.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023
Fahmi berkata daripada jumlah itu, kementeriannya memperuntukkan RM50,000, manakala bakinya disumbang oleh Ahli Parlimen Jempol. - Gambar fail/Bernama
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
Jeffrey Kitingan, menafikan tuduhan bahawa terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, susulan penyebaran video kontroversi memaparkan tangkap layar perbualan WhatsApp di media sosial.
Impian tolak dakwaan ditaja Musa Aman, Anifah Aman
Parti Impian Sabah (Impian) yang baru ditubuhkan menafikan dakwaan ia ditaja oleh bekas ketua menteri, Musa Aman atau adiknya Anifah Aman.
Tan Sri Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Berita mengenai perkara itu mula tersebar di media sosial sejak semalam selepas dakwaan nama Musa telah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong.
Banjir kilat di beberapa kawasan di Saratok pulih
Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Saratok beransur surut dan laluan utama ke Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Budu, Ulu Kerian dan Rumah Panjang (RH) Rossita, Ulu Budu kembali dibuka kepada kenderaan.
PEDi dikenali sebagai Nadi mulai 1 Mac - Fahmi
PEDi akan dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) berkuat kuasa 1 Mac.
Kerajaan Madani komited pastikan keseimbangan sosioekonomi rakyat - Fahmi
Kerajaan Madani komited memastikan keseimbangan sosioekonomi dengan memberi pendedahan kepada komuniti setempat berkaitan literasi digital dan kemahiran keusahawanan dalam talian.
PEDi akan dijenama semula menjelang suku kedua 2024 - Fahmi
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dijangka dijenamakan semula menjelang suku kedua tahun ini.
PADU mudahkan kerajaan negeri rancang belanjawan lebih tepat - Aminuddin
PADU memudahkan kerajaan negeri mendapat maklumat dan merancang belanjawan negeri dengan lebih tepat, kata Aminuddin Harun.
Jentera PEDi, MPP, Ahli Parlimen bantu rakyat daftar PADU - Fahmi
Pasukan PEDi dan Majlis Perwakilan Penduduk akan digerakkan bagi membantu masyarakat membuat pendaftaran dan mengemas kini maklumat dalam PADU.
14 PEDi di Perlis mudahkan rakyat mendaftar PADU
Jabatan Perangkaan (DOSM) Perlis membuka kaunter Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di 14 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Perlis secara berjadual untuk memudahkan penduduk di negeri itu membuat pendaf
Tambah baik PEDi, tingkat usahawan dalam ekonomi digital - Fahmi
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan ditambah baik bagi mencapai sasaran Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).
PEDi bantu tingkatkan sosioekonomi komuniti tempatan - Fahmi
Ia kini berfungsi sebagai pemangkin ekonomi digital bagi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti tempatan.
PM Anwar mahu syarikat telco komited bantu TVET, PEDi
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara perkara perlu diberi tumpuan adalah meningkatkan lagi kepakaran dalam bidang digital, yang menurut beliau masih kurang di Malaysia.
Elaun pengurus, penolong pengurus PEDi dinaikkan RM500
Elaun bagi pengurus dan penolong pengurus Pusat Ekonomi Digital Negara (PEDi) dinaikkan RM500.