KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 peserta #Reformasi 100 Peratus mula berkumpul di Plaza Tugu Negara untuk berarak ke bangunan Parlimen pada Selasa.
Perhimpunan yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu mula berhimpun sejak jam 8 pagi bagi mendesak kerajaan menunaikan janji untuk melaksanakan 100 peratus pembaharuan.
Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, penting untuk kerajaan menunjukkan komitmen dengan menyediakan hala tuju dan garis masa jelas yang menggariskan reformasi pilihan raya dan institusi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim dilihat hadir mewakili ahli Parlimen kerajaan untuk menerima memorandum berkenaan.
Beliau dalam ucapan ringkas berkata, akan meneruskan tuntutan reformasi di Parlimen seperti yang dituntut rakyat.
"Saya tidak ada apa kepentingan, bila mati (meninggal dunia), saya akan tenang kerana reformasi ini akan diteruskan oleh orang lain.
"Kita kena berani menyatakan yang benar, membawa perubahan (walaupun) tidak mudah, terutama ujiannya apabila sudah berkuasa," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 27 2024
Muhammad Faisal berkata, penting untuk kerajaan menunjukkan komitmen dengan menyediakan hala tuju dan garis masa jelas yang menggariskan reformasi pilihan raya dan institusi. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
iPhone 17 Slim dijangka hadir dengan rekaan kamera belakang di bahagian atas-tengah
iPhone 17
Filem baharu Mawi kupas kisah penyakit misteri Ustaz Kazim
Semasa penggambaram filem Zim Zim Ala Kazim, penyakit misteri Ustaz Kazim datang balik, darah keluar dari kulit badan penceramah itu.
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
[TERKINI] Tujuh individu direman di IPD Seri Alam
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman di IPD Seri Alam bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
[TERKINI] Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis, didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ibu bapa menabung bolehkan 8 sekeluarga tunai haji bersama
Bagi musim haji 1445H/2024M, kehadiran lapan sekeluarga termasuk lima beradik mendapat rezeki mengerjakan haji serentak disumbang hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun oleh ibu bapa mereka, yang berhajat mahukan semua anaknya menunaikan haji di usia muda.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu termasuk seorang warga Singapura yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman tujuh hari.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman selama tujuh hari hingga 24 Mei.
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Anwar ucap takziah kepada keluarga 'Aunty Bersih'
Katanya, mendiang akan dikenang sebagai aktivis gigih dan menjadi teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan.
PBB sebulat suara lulus resolusi kawal AI
Perhimpunan Agung PBB sebulat suara menerima pakai resolusi global pertama mengenai kecerdasan buatan atau (AI).
Himpunan #Reformasi100peratus: Tiga akan dipanggil minggu depan
Tiga individu yang terlibat dalam penganjuran himpunan #Reformasi100Peratus di luar bangunan Parlimen akan tampil kepada pihak polis pada minggu hadapan.
Polis nafi tiada kelulusan permit untuk perhimpunan mega Palestin
Supt Ashari berkata, setakat Selasa, pihak penganjur masih gagal mengemukakan sebarang pemakluman dan permohonan.
Polis buka kertas siasatan berhubung himpunan Turun Parlimen #Reformasi100Peratus
ACP Noor Dellhan berkata pihaknya akan memanggil penganjur himpunan itu dalam masa terdekat bagi diambil keterangan.
Peserta himpunan Reformasi 100 Peratus berkumpul, hantar memorandum ke Parlimen
Perhimpunan anjuran Bersih itu mula berhimpun sejak jam 8 pagi bagi mendesak kerajaan menunaikan janji untuk melaksanakan 100 peratus pembaharuan.
Polis tidak terima permohonan berhimpun daripada Bersih atau mana-mana pihak - KP KL
Sebarang perhimpunan tanpa pemberitahuan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
6 maut, 26 cedera dalam serangan bersenjata di utara Mexico
Dalam kejadian itu, tiga lelaki bersenjata melancarkan serangan semasa perhimpunan di sebuah kediaman di bandar Cajeme.
Himpunan pro-Palestin di luar kedutaan Israel di Washington
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan perhimpunan dan solat di luar Kedutaan Israel di Washington, Amerika Syarikat pada Jumaat.
Polis nasihat orang ramai tidak sertai perhimpunan di Bukit Jelutong Sabtu ini
Polis menasihati penduduk sekitar bandar raya ini khususnya Bukit Jelutong supaya tidak menyertai perhimpunan anjuran Persatuan Penduduk Taman Bukit Jelutong (BJRA), Sabtu ini.