KUALA LUMPUR: Polis berjaya menemukan semula peti besi yang mengandungi empat jongkong emas milik seorang pempengaruh, yang "disembunyikan" di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor, hasil penahanan empat individu pada 5 Mac lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata kesemua suspek iaitu seorang lelaki dan tiga wanita berumur antara 22 hingga 36 tahun itu ditahan di sekitar Batu Pahat oleh pasukan khas D4 Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sebelum diserahkan kepada polis Wangsa Maju untuk siasatan lanjut.
"Hasil penahanan itu, suspek lelaki telah membawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pihak polis ke Sungai Sembrong di Batu Pahat pada Selasa lepas dan hasilnya, polis berjaya menemukan semula peti besi pengadu yang mengandungi empat jongkong emas bernilai RM1 juta.
"Selain jongkong emas, pihak polis juga dapat menemukan semula beberapa barang pengadu yang dilaporkan hilang antaranya 15 utas rantai emas, 14 utas gelang emas, cincin emas, tujuh beg tangan, loket emas dan wang tunai di sebuah rumah di Batu Pahat.
"Keseluruhan barangan yang ditemukan dianggarkan bernilai RM2.1 juta," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek utama mempunyai 20 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah, selain kesemua suspek dipercayai aktif terlibat dalam kes pecah rumah di Selangor dan Kelantan dengan menyasarkan kediaman ahli perniagaan atau pempengaruh media sosial.
Keempat-empat suspek kini dilanjut reman selama sembilan hari hingga 25 Mac ini.
Pada 4 Mac, media melaporkan seorang usahawan wanita yang juga pempengaruh media sosial berputih mata apabila sebuah peti besi keselamatan miliknya yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM3 juta, dicuri dalam kejadian pecah rumah di Padang Balang, Sentul di sini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah dilaporkan berkata dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10 malam hingga 12 tengah malam itu, turut dilarikan ialah beberapa beg tangan pelbagai jenama serta barang kemas milik ahli keluarga wanita berusia 43 tahun itu yang dianggarkan kira-kira RM3.5 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Allaudeen Abdul Majid berkata kesemua suspek iaitu seorang lelaki dan tiga wanita berumur antara 22 hingga 36 tahun itu ditahan di sekitar Batu Pahat. - Gambar fail/Bernama
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peti besi, jongkong emas milik pempengaruh ditemukan di dasar sungai
Polis berjaya menemukan semula peti besi yang mengandungi empat jongkong emas milik seorang pempengaruh, yang "disembunyikan" di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor.
Wanita berputih mata, peti besi mengandungi jongkong emas dan wang tunai lesap
Seorang wanita berputih mata apabila sebuah peti besi keselamatan miliknya yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM3 juta, dicuri.
Dua anggota polis terbabit kes larikan peti besi dibebaskan
Kedua-dua anggota berpangkat koperal itu yang sebelum ini antara 10 yang ditahan berkaitan kes itu.
3 anggota polis antara 6 ditahan larikan peti besi mengandungi RM400,000
Ketiga-ketiga mereka yang berpangkat sarjan dan dua koperal itu ditahan di beberapa lokasi berasingan di daerah Kota Setar dalam serbuan pada Rabu dan Jumaat.
Penjenayah 'berputih mata' gagal pecah peti besi pejabat
Kejadian itu disedari pengurus cawangannya kira-kira jam 8 pagi selepas mendapati peti besi itu ditinggalkan di tepi jalan di hadapan premis berkenaan.
"RM250,000 yang hilang bukan duit parti Bersatu" - Syed Saddiq
Sejumlah wang kira-kira RM250,000 yang disimpan dalam peti besi di kediaman Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan hilang.
Pemilik kedai emas rugi RM5 juta premis dirompak ketika pulang beraya
Kumpulan penjenayah memasuki kedai emas itu kira-kira pukul 2 pagi melalui saluran angin di bahagian belakang premis.
Mata wang asing lama, sijil perkahwinan dalam peti besi - jurucakap Najib
Jurucakap bekas perdana menteri, dalam kenyataan lewat malam tadi, berkata ia turut mengandungi beberapa dokumen termasuk sijil perkahwinan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Akhirnya, peti besi lama dari kediaman Najib Razak berjaya dibuka
Peti besi di kediaman bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta yang dikatakan tidak pernah dibuka sekian lama, berjaya dibuka.
Tukang kunci dipanggil untuk buka peti besi di rumah Najib
Namun lelaki yang kelihatan dengan sebuah kotak peralatan tersebut enggan memberikan sebarang komen ketika ditemui pemberita.