BOURNEMOUTH 1 LIVERPOOL 2

Jurgen Klopp memuji keinginan tinggi pemainnya selepas Liverpool menempah tempat ke suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) walaupun bergelut dalam cuaca Ribut Ciaran ketika menang 2-1 di Bournemouth .

Pemain gantian, Darwin Nunez, memuktamadkan kemaraan mereka ke pusingan keempat dalam senario mencabar ketika hujan lebat dan angin kencang menerusi gol menakjubkan pada minit ke-70, awal pagi tadi.

Cody Gakpo memberikan The Reds gol pendahuluan dalam babak pertama di Stadium Vitality sebelum The Cherries menggugat kedudukan menerusi jaringan sulung Justin Kluivert dalam kancah bola sepak Inggeris.

“Ia adalah sebuah perlawanan piala terbaik, menarik,” kata Pengurus The Reds itu yang membuat lapan pertukaran daripada kemenangan 3-0 Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Nottingham Forest.

“Ini semua mengenai soal kemenangan, ini semua tentang kejayaan.

“Aspek yang bagus hari ini ialah saya tidak perlu bercakap tentang cuaca kerana semua orang melihat dan berasakannya.

“Ia sangat sukar, jelas bagi kedua-dua pasukan.

— Liverpool FC (@LFC) November 1, 2023
“Dalam separuh masa pertama kami boleh menjaringkan lebih banyak gol tapi kami gagal melakukannya dan separuh masa kedua, kami menyedari ia adalah satu idea yang baik untuk menyumbat lebih banyak gol kerana angin sekali lagi mengubah permainan dalam babak seterusnya.
“Kami menjaringkan gol kedua kami dengan gerakan hebat, kemudian kami bergelut. Kami mempunyai detik yang baik.
"Tetapi ini semua tentang sikap ketika ini.
“Kedua-dua pasukan jelas mahukan kemenangan. Semua orang boleh menaruh harapan terhadap tuan rumah tetapi saya melihat keinginan tinggi anak buah saya jadi saya sangat gembira mengenainya.
"Ia adalah sebuah perlawanan piala yang sengit dalam keadaan yang pelik dan janggal." - Stadium Astro