KUALA LUMPUR: Tiada lagi vaksin Pfizer dan Sinovac yang akan ditawarkan secara percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) tamat pada 31 Mei ini.
Pengurus Program Vaksin ProtectHealth, Dr. Hue Hwa Ching berkata, bagaimanapun bagi kanak-kanak yang baharu sahaja memasuki usia 5 tahun pada atau selepas tarikh tersebut masih boleh mendapatkan suntikan vaksin pertama dan kedua di PPVGP atau klinik swasta.
"Bagi mereka yang mahu mendaftarkan anak mereka ketika ini masih sempat dan boleh melakukannya secepat mungkin dan membuat janji temu melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan tarikh pemberian vaksin sebelum 31 Mei ini," katanya kepada Astro AWANI.
Kesemua senarai PPV bagi suntikan PICKids boleh disemak di laman web protecthealth.com.my bagi memudahkan urusan mereka.
Jelasnya lagi keputusan untuk menamatkan program tersebut hujung bulan ini adalah disebabkan sambutan yang kurang memberangsangkan dari kalangan ibu bapa di negara ini selain tarikh luput vaksin yang semakin hampir.
BACA: Tarikh akhir PICKids dilanjutkan ke 31 Mei
"Saya ingin mengingatkan ibu bapa supaya mendaftarkan anak mereka dan mendapatkan vaksin sebelum 31 Mei ini. Kanak-kanak yang tidak divaksin berisiko dua kali ganda (dijangkiti) berbanding mereka yang telah divaksin," katanya.
Sebelum ini, KKM memutuskan untuk melanjutkan tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama COVID-19 bagi kanak-kanak menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) dari 15 Mei kepada 31 Mei.
Raja Hisyam Raja Zaid
Fri May 27 2022
KKM sebelum ini memutuskan untuk melanjutkan tarikh akhir pemberian vaksin PICKids, dari 15 Mei kepada 31 Mei. - Bernama
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
397 kanak-kanak terima dos pertama di hari pertama kempen khusus PICKids
Kempen khusus PICKids dibuka semula bagi tempoh lima hari dari 20 hingga 24 Jun sempena Minggu Imunisasi Kebangsaan.
PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai esok.
KKM buka semula PICKids percuma 20-24 Jun ini - Dr Noor Azmi
KKM akan membuka semua klinik kesihatan di seluruh negara untuk memberikan suntikan vaksin kepada kanak-kanak yang terlepas PICKids yang lalu.
Vaksin COVID-19: 34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,223,569 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,201,196 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,191,976 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin.
PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma
Kanak-kanak di Sabah yang berusia 5 tahun selepas 31 Mei 2022 masih boleh mendapatkan vaksin percuma di klinik kesihatan atau klinik swasta.
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,171,888 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.
Vaksin COVID-19: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,166,385 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.