KUALA LUMPUR:Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia meluahkan kebimbangan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi mungkin akan menyebabkan banyak perniagaan tempatan 'gulung tikar' dan kadar pengangguran akan meningkat di Malaysia.
Naib Presidennya Chin Chee Seong dalam satu kenyataan berkata satu lagi pelaksanaan PKP akan menjejaskan lebih banyak perniagaan yang kini sedang bergelut untuk meneruskan kelangsungan.
Awal semalam, Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) juga mengeluarkan kenyataan serupa yang meminta supaya aktiviti perniagaan dan ekonomi dibenarkan terus beroperasi, walaupun di bawah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lebih ketat.
Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai berkata FMM menyokong pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bersasar dengan SOP ketat serta penguatkuasaan sekatan perjalanan tetapi bukan PKP yang sama seperti dilaksanakan pada Mac, tahun 2020.
"Walaupun kami menghargai perlu ada keseimbangan antara menyelamatkan nyawa dan kelangsungan hidup, pusingan kedua PKP itu akan menjadi malapetaka kepada PKS yang akan memaksa mereka memberhentikan pekerja," kata Chin yang juga Presiden Malaysia Cross-Border e-Commerce Association.
Beliau juga mendesak supaya pemprosesan permohonan lebih cepat untuk pemberian geran dan insentif untuk PKS tempatan.
"Apa yang berlaku sekarang, PKS terus mengalami kerugian ekonomi akibat daripada sekatan perjalanan dan lain-lain perkara yang berkaitan," katanya.
Beliau berkata persatuan telah mengenal pasti banyak langkah yang dapat diambil oleh kerajaan untuk mempercepatkan kadar pemulihan perniagaan, dan juga ekonomi secara keseluruhan daripada kesan buruk yang disebabkan oleh pandemik tersebut.
Antara pemberian geran dan insentif kerajaan, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Geran Pendigitalan PKS bersama BSN serta Geran Automasi Pintar di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kesemuanya adalah bantuan kewangan terbaik bagi PKS.
"Bagaimanapun, proses permohonannya sangat mencabar dan sukar. Banyak pemohon telah mengalami masa pemprosesan yang panjang, ia memerlukan berbulan-bulan untuk beberapa kes , sebelum permohonan mereka dipadankan dan diluluskan," kata Chin.
Beliau juga mencadangkan supaya lebih banyak program keusahawanan dan latihan digital diperkenalkan serta dilaksanakan, terutama untuk komuniti belia di Malaysia.
Kerajaan harus mempertimbangkan untuk menyediakan perniagaan dengan lebih banyak insentif dan pakej kewangan yang berpusatkan kepada pekerja agar mereka dapat mengambil lebih ramai siswazah yang baru menamatkan pengajian, katanya.
"Persatuan PKS berharap menerusi kesemua insentif kewangan yang disediakan dan proses permohonan dipercepatkan oleh agensi kerajaan yang berkaitan, ekonomi akan pulih pada suku kedua tahun 2021, Chin berkata.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 07 2021

PKP akan menjejaskan lebih banyak perniagaan yang kini sedang bergelut untuk meneruskan kelangsungan. - Gambar hiasan
![[TERKINI] Pakatan Harapan dalam kemelut - Reaksi Datuk Mahfuz Omar & Syazni Munir [TERKINI] Pakatan Harapan dalam kemelut - Reaksi Datuk Mahfuz Omar & Syazni Munir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892876/27199807731614495260540_640x360.jpg)
[TERKINI] Pakatan Harapan dalam kemelut - Reaksi Datuk Mahfuz Omar & Syazni Munir
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu.

Muhyiddin terima Akuan Bersumpah dua Ahli Parlimen pembangkang sokong PN
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa beliau telah menerima Akuan Bersumpah (SD) dari dua Ahli Parlimen pembangkang.

AWANI Ringkas: Ketua PKR Sarawak letak jawatan | Anwar jangan lidah bercabang - Amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[TERKINI] Larry Sng letak jawatan Ketua PKR Sarawak [TERKINI] Larry Sng letak jawatan Ketua PKR Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892875/27199807701614494147463_640x360.jpg)
[TERKINI] Larry Sng letak jawatan Ketua PKR Sarawak
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu. Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

Lompat parti: PKR langgar prinsip reformasi jika terima Adun Amanah - Penganalisis
Budaya lompat parti tidak selaras dengan prinsip reformasi, selain Anwar sendiri secara tegas pernah menolak budaya itu.

Kemelut politik parti pembangkang - Reaksi Penganalisis
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu. Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

2 MP PKR sah keluar parti, nyata sokongan kepada Muhyiddin
Ahli Parlimen Julau Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong yang kini menjadi ahli Parlimen bebas.

Kemelut politik parti Amanah - Reaksi Mujahid Yusof
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu. Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

Situasi politik PKR Sarawak, Larry Sng letak jawatan?
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu. Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

Larry Sng letak jawatan sebagai Ketua PKR Sarawak
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu. Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

Sarawak perkenal empat inisiatif baharu bantu PKS bernilai RM141.7 juta
Sarawak memperkenalkan empat inisiatif baharu di bawah pakej BKSS 5.0 untuk membantu PKS di Sarawak.

Beri banyak bantuan bersasar kepada PKS - Dr Afzanizam
Kerajaan perlu memberikan lebih banyak bantuan bersasar kepada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

PKP sekali lagi akan beri kesan buruk kepada perniagaan - Persatuan PKS
Kerajaan harus mempertimbangkan untuk menyediakan perniagaan dengan lebih banyak insentif dan pakej kewangan yang berpusatkan kepada pekerja.

Diskusi AWANI LINC perluas kejayaan PKS
Sertai kami dalam diskusi secara mendalam menerusi siri webinar ketiga membincangkan isu - Gear Up: From Worker to Boss Via the SME Life, pada 15 Disember, jam 8 malam.

MEDAC bantu usahawan PKS menerusi platform e-dagang - Wan Junaidi
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata platform tersebut dapat memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi usahawan PKS dan mikro.

Geran Khas Prihatin RM912 juta akan disalurkan kepada 304,000 PKS mikro mulai 30 Nov - Tengku Zafrul
Hampir 304,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro layak menerima, lebih daripada sasaran asal iaitu 200,000 PKS mikro.

Bank Muamalat terus tawar bantuan pembayaran bersasar
Bank Muamalat beri jaminan bantuan pembayaran bersasar akan terus disediakan kepada pelanggannya yang berdepan kesukaran kewangan.

CIMB lulus hampir 100 peratus permohonan bantuan bayaran semula
Setakat pertengahan Oktober, jumlah kelulusan melibatkan lebih RM10 bilion, demikian menurut CIMB dalam satu kenyataan hari ini.

#SokongPeniagaKecil: Netizen gerakkan kempen bantu peniaga terkesan
Kempen ini dimulakan oleh sekumpulan anak muda untuk memberi sokongan kepada peniaga kecil yang terkesan akibat PKPB.

Sabah Memilih: Bantuan kepada usahawan tidak menyeluruh - GMB
Beliau berpendapat, kerajaan negeri perlu mempunyai sistem pangkalan data yang memberikan pentakrifan yang jelas agar bantuan diberikan kepada para usahawan dengan mudah.